Friday, November 28, 2008

Harga emas dijangka melonjak naik tahun hadapan



Harga emas dijangka akan melonjak bermula awal tahun 2009 dan dijangkakan ters menaik sehingga 2010, berikutan pembelian panik oleh pelabur disebabkan harga saham yang menjunam. Kenaikan adalah dijangkakan sehingga 1000-1500USD bagi 1 ounce (31.1g) emas. Pada ketika ini harga emas adalah sekitar 820USD 1 ounce. Ini bermakna bagi 1 gram emas dijangkakan akan meningkat sehingga RM115-RM175.


Harga emas sebelum ini pun pernah menyaksikan kenaikan mendadak berikutan permintaan emas yang melonjak iaitu ketika sekitar awal 80an (sila rujuk graf dibawah). Harga emas adalah bergantung kepada permintaan yang sering dikaitkan dengan krisis dunia. Walaubagaimanapun harga tersebut turun secara berperingkat-peringkat selepas itu sebelum kembali menaik selepas tahun 2000.



Apakah ini masanya yang sesuai untuk membeli emas? Nanti dulu, mari kita buat sedikit analisa keuntungan terlebih dahulu! Terdapat pelbagai jenis emas 999 yang dijual oleh bank, kedai emas, syarikat persendirian dalam berbagai bentuk, kijang emas, public gold, dinar emas, jongkong emas, emas mata wang asing dan akaun emas. Terdapat beberapa kebaikan dan kekurangan antara jenis dan tempat anda ingin membeli. Sebelum membeli kajilah dulu harga jualan yang ditawarkan oleh si penjual. Tahukah anda, untuk akaun emas, pihak bank mengambil keuntungan 3-5% manakala kedai emas dan syarikat persendirian mengambil untung dari 11-15%! Sila rujuk http://jutawanemas.com/v1/ untuk keterangan lanjut.


Contoh pengiraan keuntungan:
Jika anda membeli emas sekarang dengan modal sekitar RM5000
Harga emas pasaran: RM95 1g
RM95 x 3% keuntungan (jika buka akaun emas di Public Bank) = RM97.85
Membeli 52g x RM97.85 = RM5088.
Andaikata emas naik pada RM110 1g tahun depan.
Keuntungan:
52g x RM110 = RM5980
RM5980 - RM5088 = RM892 dalam masa 2, 3 bulan sahaja.

Bagaimana pula jika kenaikan sehingga RM175 1g?!
Pada pengiraan yang sama:
52g x RM175 = RM9100
RM9100 - RM5088 = RM4012!



Monday, November 24, 2008

Singapura Potong Gaji Kakitangan Awam

Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.

Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.


Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu menyebut pemotongan 19 peratus gaji tahunan Presiden akan menjadikannya turun kepada $3.14 juta dan Perdana Menteri kepada 3.04 juta tahun depan.

Gaji tahunan para menteri akan berkurangan sebanyak 18 peratus kepada $1.57 juta dan gaji beberapa peringkat pegawai kanan kerajaan akan berkurangan sebanyak 12 peratus kepada antara $353,000.

Elaun bagi anggota Parlimen akan berkurangan sebanyak 16 peratus kepada $190,000, menurut jabatan yang terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu.

Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata kerajaan akan menangguhkan fasa ketiga penyelarasan gaji bagi kakitangan pentadbiran, pelantikan pemegang jawatan politik, kehakiman dan badan berkanun yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari.

Penyelarasan gaji pada Januari adalah yang ketiga bagi tiga semakan gaji selepas yang pertama dan kedua dilaksanakan pada April tahun lepas dan Januari lepas.

Kakitangan awam bagaimanapun akan tetap menerima pembayaran gaji bulan ke-13 atau gaji tahunan tambahan sebulan, menurut jabatan itu.

Pada tahun lepas, Singapura memperkenalkan satu mekanisme yang membenarkan gaji kakitangan awam berubah berdasarkan prestasi ekonomi negara itu.

-Petikan dari Malaysiakini

Friday, November 21, 2008

Kemelesetan Ekonomi Amerika Syarikat, Adakah Kita Terkecuali?



Harga minyak turun lagi. Setakat ini sahaja sudah 5 kali penurunan harga minyak dilakukan bagi tempoh 4 bulan. Ramai dari kita menarik nafas lega berikutan kadar minyak yang naik melonjak sehingga 70 sen pada Jun lepas. Walaupun harga barangan belum jelas lagi penurunannya tetapi kita telah meraikan dengan terdapatnya banyak iklan-iklan jualan murah terutama dari syarikat penerbangan, pekej perlancongan terendah, pemilikan kereta dengan tawaran hebat seperti tanpa deposit atau penyelenggaraan percuma selama 3 tahun memang satu peluang yang sukar dilepaskan.



Namun begitu, pasti kita terfikir, apakah semua ini? Adakah situasi ini bermaksud ekonomi negara kita semakin berkembang? Dengan kegawatan yang dialami oleh negara2 kuasa besar dunia seperti US dan mula menular ke UK, Jepun dan yang terbaru Singapura. Tahukah anda ketika saya menulis ini telah banyak syarikat kewangan US yang telah gulung tikar. Tidak cukup dengan itu, syarikat perumahan dan syarikat permotoran adalah mangsa yang seterusnya.



Wakil-wakil dari syarikat Ford dan Mercedes telah meminta kerajaan US untuk memberikan suntikan modal kepada syarikat mereka berikutan dengan penjualan kenderan yang menjunam. Walaupun pada mulanya kerajaan US bersetuju menandangkan kedua syarikat tersebut menyumbang banyak kepada pertumbuhan ekonomi US sebelum ini, namun begitu 2 minggu lepas pihak kerajaan US telah dengan rasminya menolak permintaan mereka atas alasan kekurangan aliran tunai adalah berdasarkan kesilapan sendiri walaupun mereka telah memberitahu bakal kehabisan aliran tunai menjelang pertengahan tahun hadapan. Dengan jumlah pengangguran yang dijangkakan sudah mencapai 1.2 juta orang, semalam bakal president Barack Obama telah memberi jaminan akan sedaya upaya menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di US menjelang 2011.




Di negara-negara maju yang lain seperti UK juga mengalami nasib yang sama. Lebih dari 1600 orang pekerja Nissan di UK telah dibuang kerja berikutan jumlah pasaran yang merundum, banyak pasaraya besar juga telah menutup perniagaan.

Mungkin sebahagian dari kita masih tidak hairan dengan apa yang terjadi di US, UK mahupun Jepun kerana jarak geografi yang sangat jauh, jadi bahangnya belum sampai. Bagaimana pula dengan Singapura. Baru-baru ini beberapa bank di Singapura telah melakukan pembuangan pekerja secara besar-besaran bermula dengan kumpulan bank terbesar Asia Tenggara milik Singapura, DBS Group Holdings Ltd, akan memberhentikan 900 kakitangannya, diikuti dengan UBS 6000 pekerja,Citigroup 53,000 pekerja diseluruh dunia dan HSBC.



Benarkah kita tidak tergugat dengan kemelesatan ekonomi dunia? Bulan oktober lepas menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini berikutan kontrak mereka tidak dibarui. Bagaimana pula dengan pekerja bank di Malaysia? Pemberhentian pekerja bank pernah berlaku ketika kegawatan ekonomi sekitar tahun 1997/1998 ekoran beberapa bank yang mengalami kegagalan dan telah digabungkan.
Apakah kemelesetan ekonomi kini sama situasinya dengan situasi kemelesetan pada tahun 1997/1998? Nantikan sambungan artikel ini minggu depan…

Petua Menguruskan Badan : Tanpa Ubatan



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.





4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Selanjutnya |disini|



Bagaimana dan Mengapa Membeli Emas?

Dalam kelembapan ekonomi dunia kini, bermula dengan harga minyak yang terus menjunam, diikuti dengan harga saham, harga komoditi seperti getah, kelapa sawit dan yang terbaru harga gaji pun mungkin akan turun jika kerajaan kita mencontohi tindakan drastik kerajaan Singapura!

Dari pengamataan saya dapati ramai yang mula mengalih minat dari pasaran saham kepada pelaburan emas. Kelebihannya, emas tidak bergantung pada keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara. Persoalannya, kenapa baru-baru ini harga emas boleh jatuh?





Sebelum anda membeli emas, anda perlu tahu apa tujuan utama anda membelinya. Tahukan anda adalah kurang tepat jika anda berpendapat membeli emas perhiasan 916 sebagai pelaburan? Ini adalah kerana emas 916 mempunyai 91.6% emas manakala lainnya adalah capuran pasir dan tembaga yang membuatkan emas itu tegap sebagai perhiasan. Emas perhiasan juga perlu ditolak harga tempahan yang menyebabkan nilai jualan balik jauh rendah berbanding jenis emas yang lain.

Emas untuk perlaburan adalah emas 999 (24K) yang bermaksud mempunyai kuantiti 99.9% emas. Terdapat berbagai bentuk emas 999 yang boleh anda dapati dari bank, kedai emas atau orang tengah dalam pelbagai bentuk bergantung pada berapa budget anda.



















Harga emas harian

Bagaimana nak mula melabur emas, dimana nak beli?