Harga minyak turun lagi. Setakat ini sahaja sudah 5 kali penurunan harga minyak dilakukan bagi tempoh 4 bulan. Ramai dari kita menarik nafas lega berikutan kadar minyak yang naik melonjak sehingga 70 sen pada Jun lepas. Walaupun harga barangan belum jelas lagi penurunannya tetapi kita telah meraikan dengan terdapatnya banyak iklan-iklan jualan murah terutama dari syarikat penerbangan, pekej perlancongan terendah, pemilikan kereta dengan tawaran hebat seperti tanpa deposit atau penyelenggaraan percuma selama 3 tahun memang satu peluang yang sukar dilepaskan.
Namun begitu, pasti kita terfikir, apakah semua ini? Adakah situasi ini bermaksud ekonomi negara kita semakin berkembang? Dengan kegawatan yang dialami oleh negara2 kuasa besar dunia seperti US dan mula menular ke UK, Jepun dan yang terbaru Singapura. Tahukah anda ketika saya menulis ini telah banyak syarikat kewangan US yang telah gulung tikar. Tidak cukup dengan itu, syarikat perumahan dan syarikat permotoran adalah mangsa yang seterusnya.
Wakil-wakil dari syarikat Ford dan Mercedes telah meminta kerajaan US untuk memberikan suntikan modal kepada syarikat mereka berikutan dengan penjualan kenderan yang menjunam. Walaupun pada mulanya kerajaan US bersetuju menandangkan kedua syarikat tersebut menyumbang banyak kepada pertumbuhan ekonomi US sebelum ini, namun begitu 2 minggu lepas pihak kerajaan US telah dengan rasminya menolak permintaan mereka atas alasan kekurangan aliran tunai adalah berdasarkan kesilapan sendiri walaupun mereka telah memberitahu bakal kehabisan aliran tunai menjelang pertengahan tahun hadapan. Dengan jumlah pengangguran yang dijangkakan sudah mencapai 1.2 juta orang, semalam bakal president Barack Obama telah memberi jaminan akan sedaya upaya menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di US menjelang 2011.
Di negara-negara maju yang lain seperti UK juga mengalami nasib yang sama. Lebih dari 1600 orang pekerja Nissan di UK telah dibuang kerja berikutan jumlah pasaran yang merundum, banyak pasaraya besar juga telah menutup perniagaan.
Mungkin sebahagian dari kita masih tidak hairan dengan apa yang terjadi di US, UK mahupun Jepun kerana jarak geografi yang sangat jauh, jadi bahangnya belum sampai. Bagaimana pula dengan Singapura. Baru-baru ini beberapa bank di Singapura telah melakukan pembuangan pekerja secara besar-besaran bermula dengan kumpulan bank terbesar Asia Tenggara milik Singapura, DBS Group Holdings Ltd, akan memberhentikan 900 kakitangannya, diikuti dengan UBS 6000 pekerja,Citigroup 53,000 pekerja diseluruh dunia dan HSBC.
Benarkah kita tidak tergugat dengan kemelesatan ekonomi dunia? Bulan oktober lepas menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini berikutan kontrak mereka tidak dibarui. Bagaimana pula dengan pekerja bank di Malaysia? Pemberhentian pekerja bank pernah berlaku ketika kegawatan ekonomi sekitar tahun 1997/1998 ekoran beberapa bank yang mengalami kegagalan dan telah digabungkan.
Apakah kemelesetan ekonomi kini sama situasinya dengan situasi kemelesetan pada tahun 1997/1998? Nantikan sambungan artikel ini minggu depan…
No comments:
Post a Comment