Friday, November 21, 2008

Bagaimana dan Mengapa Membeli Emas?

Dalam kelembapan ekonomi dunia kini, bermula dengan harga minyak yang terus menjunam, diikuti dengan harga saham, harga komoditi seperti getah, kelapa sawit dan yang terbaru harga gaji pun mungkin akan turun jika kerajaan kita mencontohi tindakan drastik kerajaan Singapura!

Dari pengamataan saya dapati ramai yang mula mengalih minat dari pasaran saham kepada pelaburan emas. Kelebihannya, emas tidak bergantung pada keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara. Persoalannya, kenapa baru-baru ini harga emas boleh jatuh?





Sebelum anda membeli emas, anda perlu tahu apa tujuan utama anda membelinya. Tahukan anda adalah kurang tepat jika anda berpendapat membeli emas perhiasan 916 sebagai pelaburan? Ini adalah kerana emas 916 mempunyai 91.6% emas manakala lainnya adalah capuran pasir dan tembaga yang membuatkan emas itu tegap sebagai perhiasan. Emas perhiasan juga perlu ditolak harga tempahan yang menyebabkan nilai jualan balik jauh rendah berbanding jenis emas yang lain.

Emas untuk perlaburan adalah emas 999 (24K) yang bermaksud mempunyai kuantiti 99.9% emas. Terdapat berbagai bentuk emas 999 yang boleh anda dapati dari bank, kedai emas atau orang tengah dalam pelbagai bentuk bergantung pada berapa budget anda.



















Harga emas harian

Bagaimana nak mula melabur emas, dimana nak beli?

1 comment:

cdanhash said...

Mengapa harga emas boleh jatuh?
- Emas bergantong kepada permintaan dan penawaran sebagaimana barang komoditi yang lain
- Harga emas juga bergantong kepada tukarang wang asing USD / Ringgit

Walau bagaimana pun kejatuhannya adalah kecil jika dibandingkan dengan kenaikan harganya. Sila rujuk web BNM http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Mengapa membeli emas?
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Maklumat tentang emas - http://pang5mato3.blogspot.com/