Friday, November 28, 2008

Harga emas dijangka melonjak naik tahun hadapan



Harga emas dijangka akan melonjak bermula awal tahun 2009 dan dijangkakan ters menaik sehingga 2010, berikutan pembelian panik oleh pelabur disebabkan harga saham yang menjunam. Kenaikan adalah dijangkakan sehingga 1000-1500USD bagi 1 ounce (31.1g) emas. Pada ketika ini harga emas adalah sekitar 820USD 1 ounce. Ini bermakna bagi 1 gram emas dijangkakan akan meningkat sehingga RM115-RM175.


Harga emas sebelum ini pun pernah menyaksikan kenaikan mendadak berikutan permintaan emas yang melonjak iaitu ketika sekitar awal 80an (sila rujuk graf dibawah). Harga emas adalah bergantung kepada permintaan yang sering dikaitkan dengan krisis dunia. Walaubagaimanapun harga tersebut turun secara berperingkat-peringkat selepas itu sebelum kembali menaik selepas tahun 2000.



Apakah ini masanya yang sesuai untuk membeli emas? Nanti dulu, mari kita buat sedikit analisa keuntungan terlebih dahulu! Terdapat pelbagai jenis emas 999 yang dijual oleh bank, kedai emas, syarikat persendirian dalam berbagai bentuk, kijang emas, public gold, dinar emas, jongkong emas, emas mata wang asing dan akaun emas. Terdapat beberapa kebaikan dan kekurangan antara jenis dan tempat anda ingin membeli. Sebelum membeli kajilah dulu harga jualan yang ditawarkan oleh si penjual. Tahukah anda, untuk akaun emas, pihak bank mengambil keuntungan 3-5% manakala kedai emas dan syarikat persendirian mengambil untung dari 11-15%! Sila rujuk http://jutawanemas.com/v1/ untuk keterangan lanjut.


Contoh pengiraan keuntungan:
Jika anda membeli emas sekarang dengan modal sekitar RM5000
Harga emas pasaran: RM95 1g
RM95 x 3% keuntungan (jika buka akaun emas di Public Bank) = RM97.85
Membeli 52g x RM97.85 = RM5088.
Andaikata emas naik pada RM110 1g tahun depan.
Keuntungan:
52g x RM110 = RM5980
RM5980 - RM5088 = RM892 dalam masa 2, 3 bulan sahaja.

Bagaimana pula jika kenaikan sehingga RM175 1g?!
Pada pengiraan yang sama:
52g x RM175 = RM9100
RM9100 - RM5088 = RM4012!



1 comment:

cdanhash said...

Harga emas kitco pada hari Jumaat lepas 5/06/2009 ialah USD954.60, jatuh sedikit dari minggu sebelumnya.

Pandangan peribadi saya, kejatuhan ini bersifat sementara sebelum naik semula. Kejatuhan adalah sangat kecil dibandingkan dengan kenaikannya.

Harga Kijang Emas 1OZ pada 18/07/2001 ialah RM1082, manakala harga pada 05/06/2009 ialah RM3613. Statistik ini dapat dilihat dari web Bank Negara Malaysia - http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Jika pasaran antarabangsa meningkat kepada USD1000, sudah tentu harga emas tempatan juga akan turut meningkat.