Sunday, December 4, 2011

Pengiraan keuntungan pelaburan hartanah saya

Baru-baru ini saya berkongsi kejayaan kecil saya mendapat keuntungan 6 angka dalam bidang hartanah. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana? Begitulah hebatnya pulangan wang dalam bidang hartanah. Rahsia? Simple aja. Beli rumah àUpgrade à Jual.

Simple matematik:
Harga kondo semasa beli : RM160K
Hutang dengan bank selepas 7 tahun : RM140K
Harga kondo selepas 7 tahun : RM230K (harga rumah akan naik RM10K setiap tahun. Setelah 7 tahun RM10x7 = RM70K. Oleh itu harga semasa kondo saya, RM160K + RM70K = RM230K)
Keuntungan kasar RM230K – RM140K = RM90K
Keuntungan bersih (-lawyer fee, dll  ±RM1000:  murah sebab pakai  lawyer yang sama dgn pembeli) = RM89K

Adakah anda mempunyai ciri seorang pelabur?

Pelabur yang berjaya adalah seorang yang berilmu, yakin terhadap analisa sendiri dan berani mengambil risiko walaupun berlainan dengan pandangan pelabur lain. Penulis terkenal Azizi Ali menggambarkan pelabur yang berjaya seperti seekor ikan yang berenang menentang arus, sedangkan ikan-ikan yang lain mengikut arus.

Okay sebelum itu, mari fahami dulu profil pelaburan yang ingin diceburi...

Fahami profil pelaburan:

Jimat >RM12000 setahun jika ubah gaya hidup

Percaya tak kalau saya katakan saya mampu berjimat sekurang-kurangnya RM12000 setahun dengan hanya mengubah cara hidup. Tidak percaya? Mari lihat corak hidup bersederhana saya.


Dari jadual di atas saya berjimat RM1475 sebulan berbanding individu A. Saya tidak membayar bulanan kereta kerana kereta second hand saya yang berharga belas ribu telah lama habis bayar. Kereta second hand maintenance tinggi? Tinggi lagi belanja bayar monthly kereta baru! Tapi awas, bersedia tebalkan telinga anda dengan kata-kata sinis atau di pandang rendah oleh keluarga, rakan-rakan kerana berkereta buruk. Bil elektrik juga mampu dikurangkan kerana rumah saya tiada aircond. Selain berjimat, saya juga membantu kempen global warning!

Thursday, December 1, 2011

Transformasi Jati Diri - Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Hijrah adalah sangat dituntut dalam Islam. Penghijrahan kehidupan adalah hijrah menuju keredhaan Allah. Apabila kita hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata kita tidak mengharapkan pengiktirafan/balasan dari manusia.




Tuesday, March 30, 2010

Intipati Model Ekonomi Baru (MEB)

Berikut antara intipati Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut.

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.


* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.