Baru-baru ini saya berkongsi kejayaan kecil saya mendapat
keuntungan 6 angka dalam bidang hartanah. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana?
Begitulah hebatnya pulangan wang dalam bidang hartanah. Rahsia? Simple aja.
Beli rumah àUpgrade
à Jual.
Simple matematik:
Harga kondo semasa beli : RM160K
Hutang dengan bank selepas 7 tahun : RM140K
Harga kondo selepas 7 tahun : RM230K (harga rumah akan naik
RM10K setiap tahun. Setelah 7 tahun RM10x7 = RM70K. Oleh itu harga semasa kondo
saya, RM160K + RM70K = RM230K)
Keuntungan kasar RM230K – RM140K = RM90K
Keuntungan bersih (-lawyer fee, dll ±RM1000: murah sebab pakai lawyer yang sama dgn pembeli) = RM89K
Namun saya pilih untuk maksimumkan keuntungan, sebab rumah
hanya dijual selepas 5 tahun. (sebelum 5 tahun kena bayaran xxx – saya
lupalah...sorry ye).
Jadi saya tambah kitchen cabinet, build in walldrobe, lampu
pendent cantik tapi murah, lampu ikea bulat RM9.90 satu tu, laminated floor
(pilih yang murah innovar RM2000 utk ruang tamu), kipas remote hitam (RM200),
water heater baru, bathroom curtain ikea...Total RM10K.
Saya upkan lagi RM40K.
Mudah untuk mencari pembeli, tapi sukar cari pembeli yang
setuju dengan harga saya RM270K muktamat. Pembeli yang saya dapat cari paling
tinggi letakkan harga RM250K. Pihak bank estimate kondo saya berserta dengan
renovation yang telah dibuat cuma RM240K. Bank estimate dengan tepat nilai
renovation yang saya buat iaitu RM10K. Maka RM230K + RM10K = RM240K. Walaupun banyak
kali saya diminta turunkan harga oleh pembeli dan agent, saya tetap berdegil
atas hujah kondo-kondo baru berhampiran berharga RM300K bagi kondo 2 bilik
sedangkan kondo saya 3 bilik.
Saya amalkan amalan murah rezeki: solat hajat, solat dhuha,
teruskan bersedekah walaupun ketika sedang ambil unpaid leave, sedekahkan bacaan Quran pada ahli keluarga yang sudah
tiada, tolong orang walaupun ketika saya
sedang sakit, ketika makan goreng2 di restaurant yang ada kucing, simpan semua
rencah ayam untuk diberikan kepadanya (awas! Isap dulu ayam itu...kesian kucing
tu makan ayam yang ada sambal), berkongsi ilmu, maafkan semua orang walaupun
orang itu aniaya kita dengan teruk sekali.
Inilah keindahan
bekerja sendiri...dapat merasakan rezeki terus dari Allah. Alhamdulillah, doa
saya dimakbulkan. Untuk maksimumkan lagi keuntungan saya, saya keluarkan semua
akaun 2 untuk bayar kondo sebelum ianya dijual. Dengan itu hutang saya dengan
bank semakin berkurangan.
Keuntungan baru:
RM270K – RM140K – akaun 2 kwsp – RM1000 = RM129K + RMxx K(akaun
2 kwsp)
Nota: Setiap kali dapat keuntungan jangan lupa
sekurang-kurangnya 2.5% dermakan kepada orang miskin/sekolah pondok/Palestine.
Next topic: Ciri-ciri rumah yang menguntungkan.
No comments:
Post a Comment