Thursday, December 1, 2011

Transformasi Jati Diri - Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Hijrah adalah sangat dituntut dalam Islam. Penghijrahan kehidupan adalah hijrah menuju keredhaan Allah. Apabila kita hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata kita tidak mengharapkan pengiktirafan/balasan dari manusia.






Eksperimen 1: Kekuatan badan berkurangan apabila kita memikirkan seseorang yang paling kita benci.
Eksperimen 2: Kekuatan badan berkurangan apabila kita cuba berbohong
Eksperimen 3: Kekuatan badan berkurangan apabila orang di sekeliling kita berfikiran –ve
Teori dari eksperimen 1-3, apabila kita memikirkan sesuatu secara –ve atau cuba melakukan sesuatu yang –ve atau berada di sekeliling orang yang berfikiran –ve, secara automatik badan kita akan menjadi lemah. Teori ini dipanggil psyco-emo-neurology.

Eksperimen 4: Lawan tangan, kedua-duanya rasa penat setelah beradu tenaga untuk menang, yang menang hanya seorang. Sedangkan lawan tangan yang dirancang (collaborate), round 1 A menang, round 2 B menang. Kemenangan dikecapi bersama dengan tanpa rasa penat beradu tenaga.
Teori dari eksperimen 4, kita akan berhempas pulas untuk berjaya secara solo, namun ianya lebih mudah secara win-win situation.

Eksperimen 5: Prof Muhaya minta volunteer fokus pada orang yang berbertudung purple pada 3 baris pertama. Kemudian pusing ke belakang. Volunteer dapat menjawab dengan betul. Kemudian ditanya, berapa orang yang bertudung kuning? Volunteer tidak dapat menjawab.
Teori dari eksperimen 5: Spt mata kita hanya nampak apa yang difokuskan, kehidupan juga perlu difokuskan kepada apa yang kita hendak.

Tingkatan kehidupan manusia dalam islam, yang terendah islam syariat yang tertinggi adalah makrifat.
Islam syariat: Islam hanya pada hukum hakam. Tidak dapat melihat makna tersirat disebaliknya. Contoh apabila membaca al-Quran hanya dapat menguasai hukum tajwid, tetapi tidak dapat kuasai maknanya.
Makrifat:
1. Melihat sesuatu yang tersurat disebalik kehidupan. Hanya melihat hubungan antaranya dan Allah. Contoh apabila ada orang cuba menyakiti hati, tidak melihat orang tersebut tetapi melihat ia adalah ujian yang Allah izinkan menimpa dirinya dan memikirkan bagaimana response yang perlu diberikan untuk lulus ujian?
2. Melihat orang lain adalah sepertinya, kekurangan orang lain adalah kekurangan dirinya dahulu atau kekurang yang Allah tidak izinkan kepadanya, tetapi boleh sahaja menimpanya dengan izin Allah.
3. Ingin orang lain juga mendapat apa yang ingin kita dapat.
4. Tidak memandang rendah/tidak hormat orang yang berada pada kehidupan –ve atau memaksa mereka untuk menjadi +ve. Tetapi membimbing dan bertawakal kepada Allah.

Kita perlu menjadi pemandu kepada kehidupan kita iaitu memilih kehidupan yang dikehendaki bukannya hidup kerana terpaksa atau membiarkan keadaan yang menentukannya hidup kita. Apabila kita memilih kehidupan yang dilalui kita lebih bertanggungjawab bukannya banyak memberikan alasan dalam hidup ini.
Cth: Memilih untuk berfikiran +ve dan tidak membenarkan org –ve mempengaruhi pemikiran kita.

3 type of peoples
1. Make things happen
2. Wait to happen
3. Wonder what happen

Penyesalan hari semalam dan kerisauan hari esok tidak memberikan manfaat kepada kita tanpa tindakan. Maksudnya, penyesalan semalam tiada bermanfaat jika tiada taubat dan kehidupan baru. Kerisauan hari esok tiada manfaat jika tiada tindakan pencegahan.

Kategori manusia:
Manusia sunat – kalau ada bagus, tiada pun tak apa
Manusia wajib – mesti ada, kalau tiada orang cari
Manusia makruh – kalau ada tak apa, tiada lagi bagus
Manusia haram – TAK PERLU ADA

Kita adalah produk dari apa yang kita fikirkan. Oleh itu beri gambaran +ve mengenai diri dalam fikiran. (+ve bukan rasa diri +ve tapi sebenarnya ego)
Kita adalah produk dari apa yang dimakan. Contoh kalau makan banyak makanan yang tidak berkhasiat bersedia untuk mempunyai penyakit-penyakit kronik lagi 20 tahun.
Dengan melihat apa yang ada di dalam rumah, boleh andaikan siapa diri kita sekarang dan akan datang. Contoh, rumah yang banyak buku-buku ilmiah adalah ciri rumah seorang yang berjaya.

Tengok rancangan berita dll, melihat ke luar. Tengok rancangan agama, motivasi melihat ke dalam diri apa yang perlu diperbaiki.

Minda sedar (apa yang nampak/logik/alam nyata)
Minda separa sedar (apa yang dibayangkan/alam hayalan) tetapi mempengaruhi 90% pencapaian
Setiap tahun baru azam tidak tercapai kerana kita menggunakan minda sedar (conscious mind) untuk mencapainya. Tetapi azam hanya akan tercapai dengan menggunakan minda separa sedar (sub conscious mind).
Contoh: Sebelum Prof Muhaya memulakan pembedahan yang penting, dia akan membayangkan secara terperinci satu-persatu prosedur yang akan dilakukan, dan membayangkan kejayaan bagi setiap prosedur hingga pesakitnya sedar dan tersenyum. Selepas itu, pembedahan yang dilakukan adalah mudah.

Orang yang berjaya:
Fikir (minda sedar+separa sedar) -> Rasa (dalam hati menyakini) -> Buat -> Hasil
Orang yang gagal sebaliknya.

Membantu orang untuk mendapatkan apa yang dikehendaki, orang yang membantu juga akan dapat yang dikehendaki (sama ada balasan manusia atau dari Allah).

Pilihanraya diri
Buat pilihanraya diri untuk memilih sama ada ingin menjadi +ve atau –ve. Contoh memilih untuk menjadi seorang yang berfikiran +ve, gerak hati +ve, perbuatan/tutur kata +ve dan hasil yang +ve iaitu kekuatan badan, kekayaan rohani (tenang dll) dan balasan ganjaran yang hakiki iaini syurga. Atau sebaliknya…

Soalan 1:
Apa pandangan prof terhadap ketidakadilan dalam pekerjaan? Dr segi PDA/promotion dll.
Jawapan:
Prof Muhaya pernah melakukan 3 pekerjaan-sbg pakar mata, pensyarah dan xxx tetapi dibayar dengan satu gaji. Saudaranya mengatakan dia dibayar under paid, sepatutnya dia mendapat 2x ganda dari gaji yang diterima. Saudaranya tawarkan kerja di Singapura dengan gaji yang lumayan. Tetapi dia percaya untuk service to nation. Tidak lama selepas itu dia berkhidmat sebagai doktor pakar di xxx, dibayar gaji yang lumayan, tetapi pesakitnya sedikit…banyak masa terluang. Prof Muhaya merasakan Allah telah membayar under paid sebelum ini. Bekerja untuk Allah, biar Allah yang beri ganjaran.

2 soalan lain tak salin…

No comments: