Okay sebelum itu, mari fahami dulu profil pelaburan yang ingin diceburi...
Fahami profil pelaburan:
Perlu betul-betul
minat!
Saya pernah berjaya meyakinkan rakan baik saya untuk masuk
unit trust. Namun begitu minat yang sejati dan minat dengan keuntungan sahaja,
adalah sangat berbeza. Oleh kerana pengetahuan masih cetek dalam bidang ini,
saya perkenalkan rakan saya dengan agent unit trust saya. Berbeza dengan rakan
saya, saya hanya mengikut panduan agent tersebut untuk pelaburan yang pertama.
Pelaburan kedua dan ketiga saya melabur berdasarkan analisa sendiri. Saya
dimarahi oleh agent kerana tidak berbincang terlebih dahulu dan unit trust yang
saya ambil adalah “too risky”. Alhamdulillah keuntungan yang saya dapat adalah
2 kali ganda dari keuntungan unit trust yang disarankan olehnya. Namun begitu
ianya hanya bertahan 3 tahun, mujur saya mempunyai gerak hati untuk
mengeluarkan kesemua unit trust itu. Harganya jatuh teruk. Berbanding dengan
rakan saya yang hanya mengikut saranan agent mengeluh kerana keuntungan unit
trustnya dalam margin yang kecil.
Formula pelaburan?
Formula asas pelaburan simple aja...boleh fikir secara logik
iaitu beli masa harga turun dan jual bila harga naik. Walaupun kedengaran
sangat mudah namun ramai yang melakukan sebaliknya kerana mengikut “cakap
orang”. Contoh: Ketika harga emas jatuh pada tahun 2008 dari RM97 segram kepada
RM77 segram (Saya dapat tahu dari forum dan saya terus beli), yang berpusu-pusu
membeli emas adalah 70% cina 29% india,
1% melayu-dua org sj. Tetapi ketika harga emas melambung pada tahun 2011
berikutan pembelian panik kerana kebimbangan mata wang akan jatuh pada 2012,
ramai amatur yang baru nampak besarnya pulangan pelaburan emas berpusu-pusu
membelinya (majoriti melayu).
Ambil Calculated
Risk!
Untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, anda perlu
mengambil calculated risk. Tiada formula yang tepat untuk itu. Oleh yang
demikian anda sendiri perlu kreatif mengira risk yang paling berani anda ambil
(create your own risk profile). Pakar akan menunjukkan zon selamat, lebih dari
itu terpulang pada anda. Pada saya, untuk membuat calculated risk, perlu ada
ilmu ekonomi, ikuti perkembangan ekonomi tempatan dan dunia, ikuti perkembangan
politik, baca sejarah turun naik
ekonomi, baca analisa pakar-pakar ekonomi @ pelaburan (namun begitu jangan
tertipu dengan analisa seorang sifu yang menjual produk, contoh seorang penjual
dinar emas, dia akan mengatakan membeli emas pada bila-bila masa adalah
menguntungkan, realitinya semua harga ada turun naik walaupun dalam plot jangka
masa panjangnya menaik). Tiada siapa yang dapat menduga dengan tepat apakah
yang bakal terjadi hari esok...di sinilah “the art of taking risk” diperlukan.
Apakah pelaburan sangat risky? Jawapan saya tidak. Business
lebih risky. Bagi seorang yang terlibat dengan business, jika dia mempunyai
modal RM100K, dia akan gunakan kesemuanya untuk perniagaannya. Dia perlu fokus
kepada satu business untuk berjaya. Sedangkan bagi seorang pelabur, dia boleh
mempelbagaikan pelaburannya.
Formula extra?
Saya pun tak pasti kenapa sentiasa bernasib baik dalam
pelaburan (setakat ini). Jika saya katakan kerana minat yang mendalam dalam
bidang ekonomi dan kewangan, berapa ramai yang mempunyai kelulusan kedua-dua bidang
ini tetapi tidak berjaya sebagai pelabur. Baru-baru saya mendapat ilham,
minat saya dalam bidang mind power juga sangat membantu. Ia membantu saya untuk
lebih kreatif dan menggunakan subconscious mind saya...apa ni? Saya akan
menulis berkaitan dengan mind power dalam penulisan akan datang.
Soalan untuk
difikirkan bagi seorang pelabur...
Pusingan ekonomi adalah permainan negara kuasa besar. Mereka
dapat berbillion-billion dengan ‘wayang’ ini. Jadi kita juga perlu ikuti
perkembangan ekonomi untuk turut sama dapat manfaat. Selain itu, ilmu berkaitan
politik juga perlu. Kerana kestabilan politik memberi kesan kepada ekonomi
negara.
- Sekarang ada banyak berita tentang negara-negara Eropah yang bakal bankrap. Sedangkan sebelum ini yang merundumnya adalah US. Kenapa?
- Ramai menjangkakan China akan menjadi lead ekonomi dunia. Bila? Sementara itu apa yang akan terjadi dengan ekonomi global?
- Apakah yang bakal US lakukan untuk menyelamatkan ekonomi negaranya?
- Apa kekuatan ekonomi Malaysia? Siapa rakan export terbesar?
- Baru-baru ini negara Thailand dilanda banjir terburuk, apa impak pada ekonomi Malaysia?
- Kenapa pilihan raya kali ini akan dibuat kurang tempoh 4 tahun?
Spekulasi dari soalan
di atas, boleh dibuat ramalan apa yang akan terjadi dengan ekonomi Malaysia
lagi 1@2 tahun lagi.
No comments:
Post a Comment