Kerajaan hari ini sekali lagi membayangkan dengan penurunan harga minyak dunia berterusan, cukai minyak akan dikenakan bermula tahun depan. Dengan harga lantai RM1.90 yang ditetapkan, kerajaan masih membincangkan berapakah nilai cukai yang akan dikenakan. Di China, National Development and Reform Commission (NDRC) telah membentangkan cadangan cukai 1 yuan bagi gasoline dan 0.8 yuan bagi diesel.
Sumber
Harga minyak pasaran sebenarnya adalah lebih rendah dari harga yang dijual diMalaysia. Kerajaan hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen. Ini bermakna, walaupun kerajaan mewar-warkan harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran, namun begitu dengan kelewatan penurunan yang dilakukan, kerajaan sebenarnya telah mengambil cukai tidak langsung dari rakyat.
Sila rujuk kepada harakah online.
Bagaimana pula dengan cukai rasmi yang akan diumumkan tahun depan?
No comments:
Post a Comment