Wednesday, December 10, 2008

Penggunaan Biodiesel diwajibkan menjelang 2010


Sumber


KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Penggunaan biodiesel akan dijadikan mandatori bagi sektor pengangkutan dan perindustrian menjelang Januari 2010, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui.

Katanya mulai Februari tahun depan, kenderaan kerajaan akan mula menggunakan jenama Envo Diesel Esther (B5), yang merupakan satu adunan lima peratus minyak sawit dan 95 peratus diesel. Harga B5 akan ditetapkan sebanyak RM1.95 seliter, dengan kerajaan memberikan sabsidi lima sen seliter.

RM1.90 seliter? Berbaloi ke?



Umum mengetahui, dahulunya ramai membeli kereta yang menggunakan minyak diesel kerana harga minyak diesel yang jauh lebih rendah dari petrol. Namun kini, perbezaannya hanyalah beberapa sen sahaja. Bahkan dengan langkah kerajaan untuk mewajibkan penggunaan biodiesel kelapa sawit pada awal tahun 2010 dengan harga RM1.90 seliter, harga diesel mungkin lebih tinggi dari harga petrol!

Namun saya percaya, kerajaan tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Ini bermakna harga petrol tidak akan diturunkan lagi walaupun berlaku penurunan harga petrol dunia!

Persoalan sekarang, apakah rasionalnya mewajibkan penggunaan biodiesel pada harga RM1.90 seliter? Untuk menyelamatkan perusahaan kelapa sawit, menyelamatkan alam sekitar atau membantu rakyat?

Sewajarnya dengan menggunakan sumber semulajadi yang operasinya jauh lebih murah dari operasi carigali minyak, harganya adalah lebih murah. Sebelum ini, ura-ura menyatakan harga minyak berasakan biodiesel atau biopetrol lebih rendah dari RM1 seliter menjadi pilihan terbaik memandangkan harga minyak yang melambung dengan berikutan bekalan minyak dunia yang semakin berkurangan.

Sila rujuk Bio Petrol At Less Than RM1 Per Litre

No comments: