Seperti yang dijangkakan setelah kerajaan menetapkan mandatori penggunaan biodiesel sawit pada harga RM1.90, hari ini kerajaan telah mengumumkan harga lantai petrol pada harga RM1.90. Seandainya harga minyak dunia jatuh lebih rendah dari harga lantai, makan cukai akan dikenakan. (atau dalam kata lain tidak akan ada penurunan dari RM1.90?)Sumber: Berita RTM 13/12/08 jam 7pagi.
Berikutan dengan harga komoditi sawit yang merundum ke harga terendah sekitar RM1000+ bagi satu tan metrik, kerajaan mencari jalan untuk membantu pengusaha sawit dengan memperkenalkan biodiesel bagi menggantikan minyak diesel. Usaha itu adalah langkah bijak kerajaan bagi membantu industri dan ekonomi negara.
Walaubagaimanapun, dengan penetapan pada harga RM1.90 adalah tidak wajar, memandangkan harga petrol kini pun pada nilai yang sama. Sebelum penetapan harga dilakukan dikatakan harga biodiesel mahupun biopetrol sepatutnya lebih murah dari RM1 memandangkan bekalan yang banyak dan proses penghasilan yang lebih mudah berbanding proses carigali petrol dan bekalan petrol dunia yang makin merosot.
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana reaksi rakyat tatkala harga minyak dunia yang semakin merundum, kita terpaksa membeli dengan harga lantai RM1.90, atau dikenakan cukai? Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment