Informasi dan tips percuma berkaitan dengan pelbagai makluman untuk dikongsi bersama!
Wednesday, December 10, 2008
Kemelesetan ekonomi mula melanda Malaysia
Pekerja di negara ini dijangka akan merasai kesan kemelesetan ekonomi dunia mulai Februari atau Mac depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata setakat ini hanya kira-kira 3,000 pekerja tempatan telah diberhentikan dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang membantu mereka mendapatkan pekerjaan lain selain melatih golongan terbabit di institut latihan kendalian Jabatan Tenaga Manusia.Sumber
Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini dalam kelembapan ekonomi global sekarang, demikian menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Menurut pengarah eksekutifnya, Professor Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, berkata dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang dan jumlah itu semakin meningkat. Sumber
Sektor-sektor yang dijangka mudah terjejas adalah sektor penerbangan berikutan berkurangnya pelancong luar, sektor otomobil, sektor perumahan dan sektor perkilangan barangan elektronik.
Kini adalah bergantung kepada langkah-langkah kerajaan untuk membendung masalah ini dari terus menjadi serius. Namun begitu, prestasi ekonomi negara-negara Asia adalah bergantung pada kestabilan ekonomi China. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment