Saya percaya ramai dari kita yang pasti menjadi mangsa panggilan dari pelbagai sumber yang menawarkan penginapan hotel percuma, rawatan percuma, percutian percuma dll. Saya sendiri sudah muak dengan panggilan-panggilan seperti ini. Bayangkan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua kali saya pasti menerima panggilan percuma ini. Ingin mengetahui pengalaman saya. Terukan membaca...
Bermula pada tahun sekitar 2004/2005 saya menerima panggilan telefon dari hotel 5 bintang yang menawarkan percutian percuma di hotelnya dengan syarat saya perlu mendengar penerangan sekitar setengah jam. Saya pun bersetuju dan terus pergi ke hotel tersebut. Saya dihidangkan dengan bihun kosong dan teh. Namun begitu pekerja hotel yang mengiringi saya memang tak bagi peluang saya untuk makan dengan selesa. Bertubi-tubi soalan dilontarkan dan meminta saya segera menuju ke bilik perbincangan.
Dibilik perbincangan, terdapat ramai peserta yang diterangkan secara individu pada meja yang berasingan. Saya diterangkan cawangan-cawangan hotel tersebut dan pakej percutian dalam dan luar negara yang ditawarkan. Menarik. Tapi saya perlu membayar sehingga puluhan ribu ringgit membership untuk mendapat beberapa percutian dalam negara dan 2 percutian luar negara setahun secara percuma. Pekerja hotel tersebut memujuk saya untuk membuat pinjaman bank bagi membayar membership tersebut...wow! tidak mungkin. Saya bertegas menolak. Sebelum pulang saya menuntut percutian percuma yang dijanjikan. Saya diberikan voucher percutian dikajang pada hari bekerja, dan untuk mengambil voucher tersebut juga pada hari bekerja. Perlu mengambil cuti sekurang-kurangnya 3 hari untuk bercuti dikajang??? Dan untuk mengambil voucher tersebut saya perlu fax kepada mereka photostat IC dan slip gaji. Wow! bahaya ini. Tahukah anda terdapat bank yang boleh dimohon pinjaman melalui orang lain. Yang penting ada IC, slip gaji. Akhirnya, voucher tersebur burn begitu sahaja!
Selang beberapa bulan, saya menerima lagi panggilan seperti ini dari hotel yang sama bagi tujuan yang sama. Saya telah menyatakan saya telah mengikuti penerangan sebelum ini dan tidak berminat, beliau mengatakan kalau begitu tidak perlu mendengar penerangan hanya ambil voucher saja, saya pun datang kembali. Kali ini tiada lagi bihun disediakan, hanya beberapa keping roti. Apabila dihampiri pekerja hotel untuk memberi penerangan, saya menyatakan yang saya telah memaklumkan yang saya tak mahu dengar penerangan hanya ingin mengambil voucher. Pekerja tersebut memanggil bosnya, dan saya dimarahi. Oleh kerana tidak tahan, saya terus meninggalkan hotel tersebut tanpa voucher.
Setelah peristiwa tersebut saya tidak mahu lagi mempercayai mana-mana panggilan yang menawarkan voucher percuma, pemeriksaan kesihatan percuma atau apa-apa sahaja yang percuma. Kerana disebalik tersebut pasti ada yang tidak percuma.
Tips untuk mengelak dari menerima panggilan-panggilan seperti ini adalah dengan tidak memberikan maklumat nombor handphone anda kepada sesiapa walaupun ketika sedang mendaftar pertandingan, membeli unit trust dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment