Thursday, March 12, 2009

Kenapa perlu bayar sedangkan banyak yang percuma!

Terdapat banyak lambakan informasi yang terdapat pada internet untuk diterokai. Namun begitu, terdapat daripada kita yang kurang memanfaatkannya. Bayangkanlah bagaimana ada sesetengah orang yang boleh mengaut keuntungan dengan mengadakan kursus-kursus berbayar seperti kursus menternak lintah, kursus menanam cendawan, e-book menjana wang melalui internet dan lain-lain bergantung kepada saranan kerajaan dari masa ke semasa.


Tahukah anda bahawa kursus-kursus tersebut bukannya murah iaitu sekitar RM500. Bahkan pada tahun lepas, saya diberitahu oleh kawan saya, dia mengikuti kursus penternakan cacing yang dikendalikan oleh seorang yang berbangsa Bangladesh yang telah pun kaya-raya dengan penternakan cacing.

Saya menyoalnya, apakah terdapat bukti beliau menjadi kaya kerana menjadi penternak cacing ataupun menjadi kaya kerana menjalankan kursus penternakan cacing? Kemudiannya mempunyai pendapatan jaminan pembelian benih dari pelajar-pelajarnya. Apakah terdapat jaminan pasaran bagi pelajar-pelajar pula?

Percaya tak kalau saya katakan diinternet terdapat maklumat penternakan yang percuma. Jika tidak pun jabatan haiwan juga menyediakan pelbagai kursus penternakan yang jauh lebih murah bagi membantu membangunkan usahawan.

No comments: