Sunday, March 29, 2009

Tips pelancong keluar negara

Jika anda berminat untuk melancong keluar negara terutama negara2 bukan Islam beberapa tips yang perlu anda ambil kira sebelum memulakan perjalanan...

1. Sediakan kompas dan pastikan anda tahu membaca kompas bagi mengenalpasti arah kiblat.
2. Sediakan botol mineral water kosong. Botol ini sangat perlu terutama jika anda ingin menggunakan tandas awam kerana ketiadaan paip air.
3. Jika anda membawa beg pakaian yang hendak dimasukkan kedalam 'luggage' pastikan anda turut membawa spare beg pakaian dan keperluan sekurang2nya untuk dua hari bersama anda didalam kabin. Jika berlakunya kehilangan beg (terutamanya bagi perjalanan yang mempunyai transit) sekurang2nya masih mempunyai spare pakaian dan keperluan.


4. Jika perlu bawa kertas alas/sejadah kain untuk mengalas ruang sujud anda. Anda perlu bersedia untuk menunaikan solat dimana2 sahaja dan jangan lupa print jadual solat destinasi anda. (Di Australia ketika musim panas waktu solat subuh pada jam 3.45 pagi!)
5. Bertanya dengan yg arif bagaimana menunaikan solat didalam kapal terbang, bagaimana pula jika kita telah menunaikan solat zohor kemudian bertemu kembali waktu zohor didalam perjalanan, bagaimana mengetahui waktu solat berdasarkan keadaan langit (MAS menyediakan waktu tempatan kawasan yang sedang di lalui bagi memudahkan mengetahui waktu solat tetapi airasia tidak.)
6. Rancang perjalanan dengan teliti, mahir dengan peta dan pengangkutan awam terutama apabila ke destinasi negara yang tidak berbahasa English.
7. Membawa makanan (kecuali Australia tidak dibenarkan), kerana agak sukar untuk mencari makanan halal. Anda perlu berhati-hati, makanan yang tidak halal bukan sekadar daging dan beer sahaja. Majoriti makanan di luar negara adalah tidak halal termasuk roti, salad yang biasanya dicampur dengan sedikit wine atau whey powder yang diperbuat daripada khinzir. Jangan terpedaya dengan jenama yang halal di Malaysia belum tentu halal di luar negara. Perhatikan label kandungannya tidak mengandungi liquor (biasanya dari wine), whey powder (biasanya dari lemak khinzir) juga E-code (biasanya dari lemak khinzir). Saya hanya berani makan kentang goreng di restoran fast food yang menyediakan dapur khas untuk kentang goreng sahaja dan ianya digoreng di hadapan pelanggan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng biasanya tidak dicampur dengan gorengan yang lain demi menjaga kualiti rasa. Ada rakan saya yang pernah masuk ke dalam dapur Mc Donald di US, mereka tidak mencampurkan minyak menggoreng daging dengan fish fillet demi menjaga kualiti rasa. Oleh itu beliau beranggapan boleh memakan fish fillet dan omlet burger di Mc Donald.
8. Bawa lip balm dan losyen bagi mengelak rekahan bibir dan kulit yang berpunca dari perubahan cuaca.
9. Jika anda ingin memasak sendiri, anda boleh bawa periuk nasi kecik, beras dan rendang ready-made, ikan bilis cili ready-made, sardin yang terdapat di pasaraya.
10. Bawa gula-gula atau asam ketika menaiki kapal terbang sebagai persediaan untuk mengelak mabuk jika bertembung dengan keadaan cuaca yang buruk.

No comments: