Sunday, March 29, 2009

Melancong ke Australia

Pada hujung tahun 2005, saya dan beberapa rakan sekerja pergi menghadiri kursus sambil melancong di Gold Coast. Untuk masuk ke negara Australia, anda perlu memohon visa atau ETA (Electronic Travel Authority). Saya tidak pasti mengenai ETA, kerana pada tahun 2005 hanya terdapat visa sahaja (tempoh setahun).


-Sekitar south bank river cruise, Bandar Brisbane-

Sedangkan ETA laku sehingga 3 bulan sahaja. Berlainan dengan negara2 yang pernah saya lawati, immigration Australia tegas terhadap makanan yang dibawa masuk ke sana. Anda dinasihatkan tidak membawa sebarang bentuk makanan walaupun kering seperti magie, milo 3in1 atau apa saja, kerana semuanya akan dirampas.


Bahkan jika anda membawa kasut extra didalam beg pastikan ianya tidak mempunyai tanah pada tapaknya. Berbandingkan immigration di negara2 lain yang saya pernah lawati immigration Australia kelihatan tegas dan kurang mesra.


-Gold Coast bandar yang hampir dengan laut-


-Courtyard Marriot: Dua katil king size-

Perjalanan dari Malaysia ke Brisbane mengambil masa 8 jam pergi dan 6 jam kembali. Brisbane 2 jam lebih awal dari Malaysia. Hujung tahun merupakan waktu musim panas di sana. Suhunya seperti di Malaysia tetapi angin sejuk membuatkan tidak terasa kepanasan tengahari. Waktu siang musim panas adalah panjang. Seawal pukul 3.45 pagi sudah masuk waktu subuh, dan pukul 4.30 pagi matahari sudah cerah memancar. Anda perlu membiasakan diri tidur kembali dengan suasana terang semetara menunggu pukul 8 pagi untuk memulakan perjalanan. Kebanyakan kota dan penempatan Australia terletak di pinggiran pantai. Panorama ini sungguh indah dan unik sekali. Bayangkan mereka boleh memilih untuk menaiki kereta ataupun menaiki bot untuk bersiar-siar.


-Kawasan perkampungan tapi terdapat bot persendirian-

Dari Brisbane saya menaiki van ke Gold Coast yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk perjalanan sejauh 90 km. Saya menginap di Courtyard Marriot Surfers Paradise, Gold Coast. Di sini terdapat 2 restoran warga Malaysia yang berbangsa melayu dan cina. Namun saya agak ralat untuk makan di restoran tersebut apabila melihat harga nasi goreng 3x @ 4x ganda harga di Malaysia. Terdapat banyak gerai2 kecil kepunyaan warga Lubnan yang menjual kebab pada harga RM5-6 sahaja. Saiz kebabnya pula 3x ganda lebih besar dari saiz kebab di Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan magie Indonesia dari Asian Supermarket.


-Van yang kami naiki-

Menarik di Gold Coast adalah pantai berangin kuat yang sesuai untuk aktiviti meluncur. Tapi bagi saya yang bertudung agak janggal berada di pantai dengan pakaian yang bertutup. Jadi saya banyak menghabiskan masa dengan bershopping sekitar surfers paradise. Untuk shopping di sini, saya nasihatkan anda untuk meronda dahulu gerai-gerai yang terdapat di sini. Anda akan dapati perbezaan yang agak ketara antara gerai-gerai yang dimiliki oleh bangsa Australia, juga pelbagai bangsa lain termasuk orang Malaysia.


-Harbour town-


-Sekitar Horbour town-

Pada hari pertama kami pergi ke Harbour Town sebuah factory outlet yang berhampiran. Di sini banyak barang-barang cenderahati Australia buatan China yang murah-murah. Terdapat juga cenderahati buatan Australia tetapi pada harga yang lebih mahal sedikit tetapi lebih berkualiti. Berhati2 ketika shopping barangan bukan buatan Australia (seperti Guess, Nike, Adidas dll) kerana harganya adalah lebih mahal sedikit berbanding jika anda membeli di Malaysia. Pastikan anda telah membuat perbandingan harga barangan yang hendak di beli sebelum tiba di sini. Produk dari Australia seperti bulu bebiri dan lembu (tenusu,cheese,coklat cadbury) adalah lebih murah berbanding di Malaysia. Jangan lupa mencuba nudgetnya yang sungguh sedap.


-Movie world: Pride-


-Movie world: Police academy-

Hari kedua saya melawat ke Warner Brothers Movie World. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Harga tiket adalah $60AUD (rate 2005) rate kini adalah $70AUD untuk orang dewasa. Pelbagai watak2 di panggung wayang yang boleh ditemui dan bergambar dengan mereka seperti Batman, Austin Powers, The matrix, Bugs Bunny dll pada sebelah petang terdapat perarakan meriah kesemua watak-watak tersebut. Terdapat jua store menjual cenderahati watak dari Warner Brothers, Sherk, Batman, Harry Potter dll. Movie world juga menyediakan bahagian untuk kanak-kanak iaitu bahagian Looney Tunes Zone, bagi yang suka cabaran, anda boleh mencuba pelbagai roller coster di kebanyakkan bahagian seperti di Scooby Doo Spooky Coster, Superman Escape Coster dll atau meluncur air dari bukit yang tinggi di Wild-wild West. Bagi yang kurang lasak seperti saya, saya menonton tayangan 4D Sherk Advanture, dan persembahan Police Academy dengan adengan helikopter terhempas yang mendebarkan dan boleh merasakan bahang dari letupan tersebut!


-Movie world: Wild-wild west-


-Batman dan keretanya-

Terdapat juga taman tema yang lain seperti Wet n wild dan Sea World pada harga yang sama. Untuk jimat boleh membeli pass seperti Fun Pass, Escape Pass, Super Pass yang menawarkan ketiga-ketiga taman tema ini pada harga serendah $120AUD.


Hari ketiga saya melawat taman Paradise Country. Bagi yang sukakan country style dan melihat haiwan-haiwan ternakan inilah tempatnya. Terdapat kanggaru, koala, bebiri putih gebu bermata biru yang tidak terdapat di Malaysia. Kami sempat menonton dua demo iaitu demo mengetam bulu biri-biri dan demo koboi yang menangkap lembu di ladang. Selepas demo, anda boleh mengambil sisa bulu kambing yang terjatuh di atas lantai. Di sini anda berpeluang untuk memegang kanggaru, menggendong koala dan berbagai haiwan yang dilepaskan. Jika lapar, hidangan tengahari barbeque disediakan.


-Paradise country dari pandangan udara-


-Ladang koboi-


-Aksi koboi-


-Kambing biri-biri bermata biru!-


-Koala yang boleh didukung untuk bergambar bersama-


-Kanggaru dibiarkan lepas untuk anda pegang!-


-Serba sedikit cenderahati-

5 comments:

en_me said...

sonoknyer gi australia .. ehehe

suzana_aris said...

salam... saya n family berhajat nak ke brisbane cuma nak tanya mcmana nak cari pemandu pelancong... terima kasih daun keladi

~Lynnz~ said...

saya serta kengkawan bercadang nak ke gold coast.camna nak dapatkan pemandu pelancong?? tempat penginapan mana yg selesa dan murah??

freeinfoservis said...

Tawaran yang terbaik ketika MATTA fair. Pakej yang ditawarkan biasanya lengkap dengan pemandu pelancong.

Destinasi yang menarik di Gold Coast adalah Theme Park seperti Movie World dan Dream World. Theme Park yang lain semuanya hampir serupa tetapi kurang menarik. Terdapat tiket 2 atau 3 serangkai theme park yang lebih murah berbanding membelinya satu per satu.

Selain theme park, taman2 ala 'village park' juga sangat menarik. Jangan lepaskan peluang untuk memetik buah anggur.

Selamat melancong!

freeinfoservis said...

Hujung tahun merupakan musim summer di Gold Coast. Waktu siang yang panjang dengan waktu subuh seawal jam 3.45 pagi dan matahari naik sepenuhnya menjelang jam 4.30 pagi. Cuacanya panas seperti di Malaysia tetapi angin sejuk yang bertiup mengurangkan rasa terik matahari.