Percaya tak kalau saya katakan saya mampu berjimat sekurang-kurangnya RM12000 setahun dengan hanya mengubah cara hidup. Tidak percaya? Mari lihat corak hidup bersederhana saya.
Dari jadual di atas saya berjimat RM1475 sebulan berbanding individu A. Saya tidak membayar bulanan kereta kerana kereta second hand saya yang berharga belas ribu telah lama habis bayar. Kereta second hand maintenance tinggi? Tinggi lagi belanja bayar monthly kereta baru! Tapi awas, bersedia tebalkan telinga anda dengan kata-kata sinis atau di pandang rendah oleh keluarga, rakan-rakan kerana berkereta buruk. Bil elektrik juga mampu dikurangkan kerana rumah saya tiada aircond. Selain berjimat, saya juga membantu kempen global warning!
Baru-baru ini keluarga mertua melawat rumah saya, walaupun tidak cakap di depan saya berita itu sampai juga. Adik ipar saya berkata rumah saya kecil. Dia ingin cari rumah kembar dua sekitar Shah Alam/Puncak Alam yang berkeluasan tanah 80x40 kaki sedangkan keluasan tanah rumah saya cuma 60x32 kaki. Rumah yang saya beli adalah pada tahun 2007, dengan harga RM200K sahaja. Sekarang mana nak dapat? Sekarang di Shah Alam 2 sahaja, harga rumah kembar dua yang keluasan 55x32 sudah cecah RM300K. Kerana impikan rumah yang besar, dia sanggup menunggu hingga menemuinya!
Sementara dia menunggu saya sudah boleh dapat keuntungan besar dari aktiviti jual-beli rumah. Siapa yang tidak mahukan rumahnya besar, kereta mewah? Tapi saya memilih untuk menunda hasrat itu dahulu. Oleh kerana harga rumah semakin meningkat, saya memilih untuk membeli tanah. Namun begitu kepada yang ingin membeli tanah, harus mengetahui memang terdapat pinjaman untuk pembelian tanah, tetapi setakat ini belum ada bank yang menawarkan pinjaman untuk membina rumah. Ini bermakna, anda perlu mengeluarkan akuan 2 kwsp dan mengambil pinjaman peribadi untuk membina rumah...atau bina dengan wang sendiri sahaja.
Oleh kerana bidang kewangan menjadi topik kegemaran saya, saya amat berhati-hati dengan perbelanjaan seharian. Saya mempunyai buku kira-kira yang menyenaraikan wang masuk dan wang keluar, juga mengenalpasti yang saya beli itu aset atau liabiliti. Saya tidak berminat untuk membeli liabiliti – kereta secara hutang. Pada saya sudahlah membeli liabiliti kena bayar interest bank lagi. Saya cukup berhati-hati sebelum membuat pinjaman bank. Setiap pinjaman bank saya pastikan akan tebus hutang secepat mungkin, serta mendapat pulangan yang lebih berbanding interest yang dibayar. Oleh itu saya hanya berhutang untuk membeli rumah untuk dijual semula. Saya memilih untuk tidak bekerja untuk bank tetapi menjadikan bank sebagai rakan business jual-beli rumah.
Lebihan duit dari gaya hidup yang berserdahana ini dapatlah saya gunakan untuk menambah perlaburan saya dan banyak lagi yang boleh dilakukan...betul tak? Saya suka berkawan dengan orang cina. Setelah rapat saya cungkil rahsia harta yang dimiliki. Percaya tak kalau saya katakan walaupun hanya seorang non-executive berkereta buruk, duduk rumah teres tetapi memiliki 10 buah rumah sewa, seorang lagi hanya bekerja sebagai 'runner' tapi memiliki tanah 9 ekar...Saya yang bekerja sebagai seorang senior executive pun tidak mempunyai harta sebanyak itu. Mereka sangat bijak berniaga dan melabur. Mereka juga mempunyai networking untuk saling tolong menolong, memberi maklumat. Budaya ini tiada pada orang melayu...
Dari buku jutawan hartanah yang pernah popular sebelum ini (saya tidak beli cuma membacanya di kedai buku), memberi pelbagai contoh pelabur hartanah yang berjaya. Antaranya B yang bekerja sebagai senior executive di syarikat swasta. Dengan gaji yang diperolehinya membolehkan dia memiliki Honda Accord. Namun kerana ingin serius dalam bidang hartanah, dia menjual keretanya dan membeli kereta keluaran Malaysia. Kini nilai gaji bersihnya semakin besar yang membolehkannya mendapatkan pinjaman rumah ketiganya.
Pendek kata...tepuk dada...tanya iman...
1 comment:
Alhamdulillah Tuan
Terima kasih atas pengkongsian
saya orang muda yang baru nak kumpul duit untuk kawin dan bina keluarga
artikel tuan ini sangat saya setuju
(bab yang kereta 2nd tu)
teruskan pengkongsian dari tuan, halalkan ilmu tuan kepada saya yea
Salam~
Post a Comment