Monday, June 15, 2009

Melancong ke UK dan Paris dengan kurang RM3000!

Pada pertengahan bulan Mac 2009 lepas saya pergi melancong ke UK dan Paris. Kata orang untuk pergi melancong ke sana memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM10K. Tetapi saya tidak. Bagaimana?


Pertengahan bulan Mac merupakan musim penghujung salji. Walaupun sudah tidak kelihatan salji lagi, namun suhu sejuk sekitar 5-10C sungguh menusuk ke tulang terutama ketika angin bertiup kencang. Oleh kerana pada anggaran saya musim salji sudah berakhir saya tidak membuat sebarang persiapan untuk suhu yang sejuk itu. Akibatnya, hidung saya kerap berdarah terutama ketika berada di kota Paris yang jauh lebih sejuk.

Saya hanya berbelanja RM3000 sepanjang 7 hari perjalanan. Sepanjang di sana saya sempat mengelilingi kota London, Nottingham, Manchester dan Paris. Saya pergi ke kota London dengan menaiki penerbangan Airasia pada harga promosi RM499 satu hala. Setelah dicampur dengan airport tax dan insurans, jumlahnya hanya RM1500 dua hala. Kapal terbang Airasia tidaklah mengecewakan. Ruang tempat duduk yang luas amat selesa untuk penerbangan selama 14jam tersebut.



Untuk pergi melancong ke UK, saya nasihatkan anda supaya merancang perjalanan anda dengan teliti dan membuat tempahan awal secara online(tiket bas/keretapi dll) kerana ianya lebih murah berbanding dengan membeli tiket pada hari perjalanan ('on the spot'). Perjalanan dari Stansted Airport ke London, London ke Nottingham (rumah rakan) dan London ke Paris telah saya tempah sejak saya masih berada di Malaysia. Saya cetak 'confirmation email' untuk di bawa sebagai bukti pembelian. Sesetengah bas/train boleh menggunakan 'print out email' sebagai tiket tetapi ada yang perlu ditukar dengan tiket di kaunter sebelum menaiki kenderaan. Oleh itu anda perlu bertanya di kaunter sebelum menaiki bas/train.

Saya sampai di Stansted pada jam 10.30 malam. Selesai semua urusan imigration dan pengambilan beg, jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam. Pada malam itu kami bermalam di lapangan terbang Stansted. Bermalam di sini walaupun agak janggal bagi wanita muslim tetapi lebih selamat berbanding tidur di Puduraya. Ramai mat/minah saleh yang turut tidur di sini. Terdapat banyak maklumat berkaitan tidur di airport yang boleh didapati dari www.sleepinginairports.net, www.sleepinginairports.net/tips.htm, www.sleepinginairports.com/airports.htm.



Tiada kemudahan surau di airport Stansted walaupun pada websitenya ada menyenaraikan praying room. Saya mencari ruang yang tidak begitu sibuk untuk bersolat. Terdapat kemudahan shower room, tetapi bilik ini berkunci. Seawal pukul 8 pagi saya menunggu Easy bus (bas tambang murah di London). Tambang rendah dari £2 ke kota London (Baker Street) boleh didapati secara online menerusi http://www.easybus.co.uk/london-stansted. Perjalanan mengambil masa selama 1jam 15 minit. Setiba di Baker Street, kami terus mencari ke kedai runcit untuk mencari oyster card daily pass untuk tambang murah £7 untuk mengelilingi kota London dengan menaiki london tube ataupun bas pada zon 1 dan 2 dalam masa satu hari. https://oyster.tfl.gov.uk/oyster/entry.do. Peta jaringan london tube dan jalan raya sekitar london ini sangat berguna dan mudah difahami. http://www.tourstolondon.co.uk/london-underground-map.gif.

Di Baker Street terdapat Madame Tussauds, namun saya hanya mengambil gambar di luar bangunan tersebut. Mungkin saya rasa tidak berbaloi untuk berbelanja £22.99 hanya untuk bergambar dengan 'orang lilin'. Untuk menyimpan bagasi anda, terdapat banyak tempat penyimpanan berbayar pada kadar harga sekitar £8 satu hari di stesyen-stesyen yang besar. Sila rujuk http://www.left-baggage.co.uk/ untuk lokasi dan rate terkini.

Perjalanan diteruskan ke Stadium Arsenal, dengan menaiki london tube. Anda perlu mahir membaca peta london tube kerana terdapat 12 jaringan keretapi bawah tanah. Untuk ke Arsenal saya menaiki London tube ke King's Cross St. Pancras untuk menukar train ke Finsbury Park. Sepanjang perjalanan ke Stadium Arsenal terdapat banyak kedai-kedai orang arab dari berbagai negara. Saya cadangkan anda untuk terus membeli makanan di situ, kerana agak sukar mencari kedai makanan halal. Setiba di stadium Arsenal, saya puas bergambar dan singgah di kedai cenderahatinya. Anda juga boleh membuat lawatan di dalam stadium dan museum Arsenal pada kadar harga seperti di bawah:





Kemudiannya saya berpatah balik ke Finsbury Park station untuk ke Liverpool St. Tujuan saya ke sana adalah untuk membeli barangan yang di kirim oleh rakan. Di kawasan ini juga terdapat pasar pagi yang menjual pelbagai makanan dan pakaian pada harga yang murah. Saya membeli sekotak strawberi pada harga £2. Manis dan segar, cukup untuk alas perut sebagai sarapan.

Dari Liverpool St saya pergi ke London Bridge station. Saya berjalan menyusuri sungai Thames menuju ke City Hall. Dari sini anda boleh bergambar berlatar belakangkan Millenium Tower, London Bridge, Tower of London dan persekitarannya yang kaya dengan bangunan-bangunan lama yang masih indah terpelihara. Hajat dihati saya ingin menyeberangi London Bridge namun oleh kerana kepenatan, saya hanya berposing dari City Hall sahaja.

Saya teruskan perjalanan ke Waterloo Station untuk melihat London Eye. Suasana di sekitar London Eye sangat meriah di waktu petang dengan dendangan lagu-lagu dan pelbagai aksi-aksi menarik. Untuk menaiki London Eye terdapat pelbagai package yang ditawarkan bermula dari serendah £17.88 http://www.londoneye.com/TicketsAndPrices/Flights/Default.aspx. Anda juga boleh menaiki river cruise dari London Eye ke Millenium Pier berhampiran London Bridge dengan harga £12.00 seorang. Bagi saya yang mempunyai budget yang terhad, dari bawah juga saya dapat melihat House of Parliament dan Clock Tower (Big Ben) dengan jelas.

Memang benar terdapat banyak kawasan makanan halal dan masjid di sekitar kota London. Tetapi ianya tidak terdapat di kawasan tumpuan pelancong seperti di London Bridge, Waterloo, mahupun berdekatan dengan jaringan tube. Oleh itu seperti pengalaman saya di luar negara sebelum ini, wajib untuk membawa bekalan makanan seperti energy bar atau roti untuk mengalas perut. Terdapat juga panduan mengenalpasti makanan yang halal di bahagian tips keluar negara.


-London eye: Terdapat ramai golongan 'peminta sedekah' dengan gaya yang menarik-


-Kelihatan House of Parliament dan Big Ben dari London Eye-

Nantikan sambungan perjalanan saya ke Nottinghan, Manchester dan Paris.

11 comments:

sillytgrl said...

emmm.. amat teruja sekali bila membaca kisah perjalanan dengan berbelanja dibawah RM 30000 dengan menakluki 2 negara Kota London and etc serta dan Paris....Research yang telah dilakukan amat berbaloi....
perjalanan ini telah mengimbas kembali kenangan lama...

CONGRATS... TAHNIAH...

ops.. AIR ASIA must give reward ni.. sebab dah promote

sillytgrl said...

ops.. RM 3000 not 30000...so what and where is your journey plan...hope can get tips again...

mrul said...

cayalah...arap2 byk lagi kisah yg bole di kongsi ye...

mrul said...

cayalah...arap2 byk lagi kisah yg bole di kongsi ye...

freeinfoservis said...

terima kasih dgn komen yg diberikan. budget kurang tak bermakna kita tidak boleh enjoy, betul tak?

noorzie said...

cayalah...i dan huby juga bercadang ke sana bulkan mac-april 11. Info yg diberi begitu membantu! T.kasih!

linda said...

Hai, bestnya dapat jalan2 dgn belanja murah...anyway, bila ye u book tiket AA tu?kalau plan nak pegi dlm may,2011..agak2 bila kena book tiket? thank u

zack said...

seronok melancong ke london n paris, sy baru je balik. tip2 yg di beri byk mbantu saya disana. tima kasih.utk 6 hari saya habis 4k je,sbb naik MAS kot, tiket mahal sikit. kalau naik airasia belanja dbawah 3k

andy said...

Hi, sorry nak tanya. Kalau kita rakyat malaysia nak gi melancong ke UK selama 4-5 bulan, kena buat visa juga ke?
Reply kat email saya eh: andy_hakim85@yahoo.com
Terima kasih

mvp_dina13 said...

terbaik!!!

byk sgt tips yg diberikan oleh saudari berkenaan pelancongan ini.

namun, boleh saya tahu di web mana saudari menempah hotel?

Mohamed Rafiq Sulaiman said...

Sorry, tumpang iklan ye Tuan Blog...

Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :

Homestay di london
@
Homestay-london


TQ n sorry again..