Wednesday, November 11, 2009

Melancong ke UK dan Paris dengan kurang RM3000! -bahagian 4

Setelah seharian di Manchester, saya bertolak kembali ke rumah rakan di Nottingham. Di rumah rakan saya makan dan mandi sepuasnya, kerana selepas ini saya akan bertolak ke Paris dan terus ke Kuala Lumpur tanpa menginap di mana-mana hotel. Saya akan bertolak ke Paris menaiki bas dan feri pada malam hari. Ini bermakna saya hanya bermalam di dalam bas Eurolines. Perjalanan bermula dari Victoria Station lebih kurang jam 11 malam ke Pelabuhan Dover.




Sementara menunggu jam 11 malam, saya sempat sekali lagi meronda di kota London. Sekali lagi saya membeli tiket Osyter bernilai £7. Namun begitu dengan waktu yang terhad, saya hanya sempat pergi ke Stadium Chelsea dan Harrods juga sekitar Victoria station. Untuk pergi ke Stadium Chelsea, saya menaiki London tube ke Fulham Broadway station. Menariknya di sini anda boleh bergambar dengan pemain-pemain Chelsea! Saya membeli jersey Chelsea kiriman rakan dengan tempahan nama pemain Chelsea atau nama anda sendiri.



Setelah puas bershopping, saya menaiki London tube ke Knightsbridge station untuk ke Harrods. Saya memang teringin untuk melihat pelbagai barangan unik @ sukar ditemui yang terdapat di sana. Harrods memang besar, kerana kepenatan, saya hanya menjelajah sebahagian sahaja. Ternyata barangan yang dijual hanya mampu untuk menjadi tatapan mata. Namun yang menariknya, anda boleh mengambil gambar barangan yang dijual. Nampaknya bukan saya saja yang hanya menjamu mata dan mengambil gambar di Harrods!

Menjelang lewat petang saya berpatah balik ke Victoria station. Saya berjalan kaki pergi ke Buckingham Palace. Bayaran £10 dikenakan untuk melawat istana ini. Namun begitu ketika saya sampai, istana tersebut telah tamat waktu lawatan. Saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar sakan di hadapan istana lama tersebut.

Seawal jam 10.30 malam saya sudah mula berbaris bagi memastikan saya dapat memilih tempat duduk yang sesuai. Tepat jam 11 malam bas Eurolines memulakan perjalanan ke pelabuhan Dover. Sampai di pelabuhan Dover bas berhenti rehat hampir 1 jam kerana perlu menunggu giliran pemeriksaan immigrasi Paris. Bagi muslim/muslimat jangan terperanjat kerana pihak immigrasi Paris menggunakan anjing pengesan untuk memeriksa anda. Anjing tersebut akan menghidu2 kaki anda dan adakalanya memanjat kaki anda. Pastikan anda membawa seluar extra! Selesai diperiksa anda akan menaiki feri untuk menyeberangi selat Inggeris. Saya cadangkan anda memakan pil mabuk kerana keadaan laut tidak boleh dijangka. Kadangkala perjalanan pergi okay tetapi perjalanan kembali sangat bergelora. Saya pernah menaik kapal menyeberangi laut china selatan, tetapi ombak di sini lebih hebat.



Setiba di Paris, bas akan berhenti berhampiran station keretapi Gallieni. Ketika saya tiba baru jam 5 pagi. Saya perlu menunggu jam 6 pagi dan membeli tiket satu hari yang bernilai 7 euro. Saya cadangkan anda mendapatkan peta perjalanan sebelum meninggalkan station ini kerana adalah amat sukar mendapatkan informasi dari orang ramai yang tidak berbahasa inggeris.

Untuk memahami jaringan keretapinya lebih mudah berbanding jaringan underground kota london! Anda perlu mengetahui kawasan-kawasan bersejarah yang hendak dilawati bagi memudahkan perjalanan. Kota Paris adalah lebih sejuk berbanding kota London. Ketika saya berada di sana, suhu adalah sekitar 0C. Dengan keadaan yang sangat sejuk itu, adalah lebih selesa berjalan dengan menggunakan perkhidmatan keretapi bawah tanah.



Apabila tiba di Eiffel Tower, berhati-hati jika anda dihampiri oleh orang-orang Bosnia dll yang bertanya apakah anda berbahasa Inggeris. Anda perlu berpura-pura tidak mengetahuinya, kerana jika tidak mereka akan mengemis dan menghambat anda selagi anda tidak menghulurkan wang. Pada saya tidak bermakna mengelilingi kota Paris jika tidak menaiki menara yang terkenal itu. Walaupun agak mahal bayaran yang dikenakan kira-kira 13 euro seorang, namun pengalamannya adalah berbaloi. Anda dapat melihat keseluruhan kota Paris dari sini. Suhu sejuk dan angin yang bertiup kencang boleh membuatkan anda menggigil teruk di sini!

Setelah seharian mengelilingi kota Paris, kaki saya rasa seperti hendak tercabut kerana keletihan. Walaupun seharian tidak mandi, tidaklah menjadi masalah di sini. Suhu yang sejuk akan membuatkan anda berfikir untuk mandi! Saya menaiki bas sebelah malam ke london untuk perjalanan pulang ke Malaysia. Sekali lagi saya bermalam di dalam bas. Walaupun tidur di dalam bas tidak selesa seperti di dalam keretapi, tetapi percayalah ianya lebih selesa dari tidur dalam bas di Malaysia. Ini kerana keadaan basnya yang lebih selesa serta pemandunya yang lebih berdisiplin membuatkan anda boleh tidur dengan rasa selamat.


Friday, June 19, 2009

Melancong ke UK dan Paris dengan kurang RM3000! -bahagian 3

Perjalanan seterusnya adalah ke Manchester. Dari Nottingham, saya menaiki train East Midlands untuk ke Manchester. Perjalanan yang memakan masa 1 jam lebih menaiki bas tetapi memakan masa 2 jam dengan menaiki train dengan tambang 18 pound pergi balik. Tambangnya agak mahal kerana saya membeli tiket tersebut sehari sebelum perjalanan.


-Midlands train-


-Pemandangan ternakan biri-biri semasa perjalanan-



Di sini, adalah sesuai untuk bershopping, barangan yang jauh lebih murah dari London. Sebagai contoh barangan Body Shop rata-rata berharga 5 ke 6 pound di London tetapi di sini hanya berharga 2 ke 3 pound. Memandangkan di UK kos perubatan ditanggung oleh kerajaan, barangan seperti pil vitamin adalah sangat murah dan boleh didapati di PoundLand yang menawarkan barangan pada harga 1 pound. Pada penggemar coklat, inilah syurganya. Banyak coklat-coklat berjenama saiz besar yang dijual pada harga hampir RM10 atau belas ringgit di Malaysia boleh anda dapati pada harga RM5 di sini! Rasa coklat cadbury juga lebih sedap berbanding buatan Malaysia maupun buatan Australia.

Selain dari bershopping coklat, barang-barang 1 pound, saya juga bershopping baju dan kasut. Tempat murah untuk mendapatkan pakaian pada harga yang murah dan berkualiti ialah di SportsDirect.com. Terdapat outlet di Nottingham dan di Manchester. Pakaian barbie untuk kanak-kanak boleh di dapati semurah 2 pound! Baju t-shirt dewasa berjenama pada harga 5 pound.




-Shopping time-

Tidak lengkap perjalanan jika tidak singgah di stadium bola ternama seperti Manchester United dan Manchester City. Walaupun saya tiba sudah lewat dan stadiumnya telah ditutup tetapi masih boleh mengelilingi stadium dan dapat melalui laluan Director yang esklusif. Berbanding London dan Nottingham, orang melayu sangat mudah ditemui di sini.





Saya juga berkesempatan singgah di Trafford Centre berhampiran dengan stadium MU, sebuah shopping complex yang sangat klasik, besar dan ekslusif. Seronok melihat keindahan senibina di sini. Rata-rata harga di sini agak mahal. Shopping complex ini dilengkapi hotel mewah dan juga pertama kalinya saya menemui multipurpose praying room. Di dalam bilik praying room ini terdapat kemudahan untuk mengambil wuduk. Walaubagaimanapun dengan keadaan bercampur lelaki dan perempuan, saya lebih selesa mengambil wuduk di tandas sahaja. Berhati-hati solat di sini, kerana ada pelbagai lambang agama di dalamnya. Ketika saya bersolat, saya tidak perasan saya bersolat betul-betul di hadapan lambang salib!

Saya kembali ke railway station untuk pulang ke rumah rakan di Nottingham. Keadaan cuaca di Manchester lebih sejuk berbanding London. Kesejukan malam sangat menusuk, ditambah pula dengan angin dingin yang kencang bertiup. Saya terpaksa berlindung di kedai kopi kerana tidak tahan kesejukan di luar sambil meminum kopi panas. Terperanjat rupa-rupanya ramai juga mat minah saleh yang turut masuk sambil berkata..."errr freezing..."

Thursday, June 18, 2009

Melancong ke UK dan Paris dengan kurang RM3000! -bahagian 2

Perjalanan dari London ke Nottingham menaiki bas National Express dengan tambang £20 pergi-balik, memakan masa 3 jam itu tidak terasa oleh kerana terlalu penat meronda kota london ditambah pula 'jetlack' yang belum hilang, saya terlena mujur tidak terbabas! Dari Victoria Station saya bertolak ke Nottingham pada pukul 9 malam dan tiba di sana pada pukul 12 malam. Ketibaan kami dijemput oleh kenalan yang tinggal di situ. Alhamdulillah banyak perbelanjaan dapat dikurangkan apabila ada kenalan.





Sungguh lega dapat menginap di rumah rakan yang menuntut di sini. Dapatlah memakan juadah tanpa rasa was-was lagi. Menurut rakan saya, sepenjang beliau di UK, beliau hanya memakan ayam. Ini kerana ikan segar yang terdapat di sana adalah spesis ikan besar seperti kod dan tuna yang tidak sesuai dengan masakan ala Malaysia. Ikan seperti kembung, selar yang biasa terdapat di sini adalah dalam bentuk sejuk beku yang tidak lagi segar. Daging segar pula adalah daging kambing biri-biri yang tidak digemari beliau. Rakan saya amat membantu dan amat memahami keperluan saya sepanjang saya berada di sana. Beliau akan bekalkan saya bekalan yang mudah untuk dibawa berjalan kerana faham kesukaran mencari makanan halal.

Nottingham adalah kampung kepada lagenda Robin Hood. Di sini terdapat taman yang dibina khas untuk memperingati beliau. Sepanjang di sini saya dibawa rakan melawat Nottingham Castle Museum, Wollaton Hall dan University of Nottingham tempat beliau belajar.


-Robin Hood-


-Perkampungan Robin Hood-


-Bandar Nottingham-


-Rumah kenalan-


-Universiti Nottingham-


-Wollaton Hall-

Tuesday, June 16, 2009

Disebalik kemelesetan ekonomi 2009

Baru-baru ini saya tertarik untuk menonton rancangan dari Astro History Channel berkaitan dengan kemelesetan ekonomi yang kini sedang melanda Amerika Syarikat. Beberapa pakar ekonomi meramalkan jika kemelesetan ini berterusan melanda Amerika Syarikat ada kemungkinan membawa kepada keruntuhan kuasa besar ekonomi tersebut kepada peralihan penguasaan ekonomi asia seperti china ataupun india. Sehingga kini andaian tersebut masih lagi jauh untuk menjadi kenyataan kerana china memerlukan masa yang agak panjang untuk menjadi kuasa besar ekonomi.

Kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ini pada tahun 1930an yang dikenali sebagai 'Great Depression' berlakunya kemusnahan sebuah sistem kewangan di mana bank-bank menjadi muflis. Memandangkan tiadanya insurans (seperti PIDF) yang melindungi deposit wang orang ramai, kesemua wang yang disimpan di dalam bank lenyap begitu sahaja. Orang ramai pada ketika itu bukan sahaja kehilangan kerja bahkan wang simpanan menyebabkan mereka terpaksa melelong harta benda yang ada dan hidup merempat.



Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat pada ketika itu namun impaknya sangat perlahan. Bagaimana Amerika Syarikat boleh kembali menjadi kuasa besar?



Satu fakta yang memeranjatkan ialah Amerika Syarikat berjaya melepaskan negaranya daripada kemelut kemelesetan ekonomi dengan keuntungan disebalik Perang Dunia ke 2. Bagaimana mereka boleh menjana wang dari perang? Umum mengetahui Amerika Syarikat adalah negara yang mempunyai teknologi senjata yang paling mantap. Oleh itu negara tersebut boleh mengaut keuntungan apabila terdapat banyak permintaan berikutan peperangan dunia ke 2 yang melanda pada sekitar tahun 1944 dengan syarat peperangan berlaku luar kawasan wilayah mereka, peperangan memang sangat menguntungkan!

Apakah Amerika Syarikat menggunakan strategi yang sama untuk melepaskan diri dari kemelut kemelesetan ekonomi kini? Dengan ekonomi yang jauh kompleks berbanding tahun 1930an duhulu, penawarkan bukanlah sesuatu yang mudah...fikir-fikirkanlah.

Monday, June 15, 2009

Melancong ke UK dan Paris dengan kurang RM3000!

Pada pertengahan bulan Mac 2009 lepas saya pergi melancong ke UK dan Paris. Kata orang untuk pergi melancong ke sana memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM10K. Tetapi saya tidak. Bagaimana?


Pertengahan bulan Mac merupakan musim penghujung salji. Walaupun sudah tidak kelihatan salji lagi, namun suhu sejuk sekitar 5-10C sungguh menusuk ke tulang terutama ketika angin bertiup kencang. Oleh kerana pada anggaran saya musim salji sudah berakhir saya tidak membuat sebarang persiapan untuk suhu yang sejuk itu. Akibatnya, hidung saya kerap berdarah terutama ketika berada di kota Paris yang jauh lebih sejuk.

Saya hanya berbelanja RM3000 sepanjang 7 hari perjalanan. Sepanjang di sana saya sempat mengelilingi kota London, Nottingham, Manchester dan Paris. Saya pergi ke kota London dengan menaiki penerbangan Airasia pada harga promosi RM499 satu hala. Setelah dicampur dengan airport tax dan insurans, jumlahnya hanya RM1500 dua hala. Kapal terbang Airasia tidaklah mengecewakan. Ruang tempat duduk yang luas amat selesa untuk penerbangan selama 14jam tersebut.



Untuk pergi melancong ke UK, saya nasihatkan anda supaya merancang perjalanan anda dengan teliti dan membuat tempahan awal secara online(tiket bas/keretapi dll) kerana ianya lebih murah berbanding dengan membeli tiket pada hari perjalanan ('on the spot'). Perjalanan dari Stansted Airport ke London, London ke Nottingham (rumah rakan) dan London ke Paris telah saya tempah sejak saya masih berada di Malaysia. Saya cetak 'confirmation email' untuk di bawa sebagai bukti pembelian. Sesetengah bas/train boleh menggunakan 'print out email' sebagai tiket tetapi ada yang perlu ditukar dengan tiket di kaunter sebelum menaiki kenderaan. Oleh itu anda perlu bertanya di kaunter sebelum menaiki bas/train.

Saya sampai di Stansted pada jam 10.30 malam. Selesai semua urusan imigration dan pengambilan beg, jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam. Pada malam itu kami bermalam di lapangan terbang Stansted. Bermalam di sini walaupun agak janggal bagi wanita muslim tetapi lebih selamat berbanding tidur di Puduraya. Ramai mat/minah saleh yang turut tidur di sini. Terdapat banyak maklumat berkaitan tidur di airport yang boleh didapati dari www.sleepinginairports.net, www.sleepinginairports.net/tips.htm, www.sleepinginairports.com/airports.htm.



Tiada kemudahan surau di airport Stansted walaupun pada websitenya ada menyenaraikan praying room. Saya mencari ruang yang tidak begitu sibuk untuk bersolat. Terdapat kemudahan shower room, tetapi bilik ini berkunci. Seawal pukul 8 pagi saya menunggu Easy bus (bas tambang murah di London). Tambang rendah dari £2 ke kota London (Baker Street) boleh didapati secara online menerusi http://www.easybus.co.uk/london-stansted. Perjalanan mengambil masa selama 1jam 15 minit. Setiba di Baker Street, kami terus mencari ke kedai runcit untuk mencari oyster card daily pass untuk tambang murah £7 untuk mengelilingi kota London dengan menaiki london tube ataupun bas pada zon 1 dan 2 dalam masa satu hari. https://oyster.tfl.gov.uk/oyster/entry.do. Peta jaringan london tube dan jalan raya sekitar london ini sangat berguna dan mudah difahami. http://www.tourstolondon.co.uk/london-underground-map.gif.

Di Baker Street terdapat Madame Tussauds, namun saya hanya mengambil gambar di luar bangunan tersebut. Mungkin saya rasa tidak berbaloi untuk berbelanja £22.99 hanya untuk bergambar dengan 'orang lilin'. Untuk menyimpan bagasi anda, terdapat banyak tempat penyimpanan berbayar pada kadar harga sekitar £8 satu hari di stesyen-stesyen yang besar. Sila rujuk http://www.left-baggage.co.uk/ untuk lokasi dan rate terkini.

Perjalanan diteruskan ke Stadium Arsenal, dengan menaiki london tube. Anda perlu mahir membaca peta london tube kerana terdapat 12 jaringan keretapi bawah tanah. Untuk ke Arsenal saya menaiki London tube ke King's Cross St. Pancras untuk menukar train ke Finsbury Park. Sepanjang perjalanan ke Stadium Arsenal terdapat banyak kedai-kedai orang arab dari berbagai negara. Saya cadangkan anda untuk terus membeli makanan di situ, kerana agak sukar mencari kedai makanan halal. Setiba di stadium Arsenal, saya puas bergambar dan singgah di kedai cenderahatinya. Anda juga boleh membuat lawatan di dalam stadium dan museum Arsenal pada kadar harga seperti di bawah:





Kemudiannya saya berpatah balik ke Finsbury Park station untuk ke Liverpool St. Tujuan saya ke sana adalah untuk membeli barangan yang di kirim oleh rakan. Di kawasan ini juga terdapat pasar pagi yang menjual pelbagai makanan dan pakaian pada harga yang murah. Saya membeli sekotak strawberi pada harga £2. Manis dan segar, cukup untuk alas perut sebagai sarapan.

Dari Liverpool St saya pergi ke London Bridge station. Saya berjalan menyusuri sungai Thames menuju ke City Hall. Dari sini anda boleh bergambar berlatar belakangkan Millenium Tower, London Bridge, Tower of London dan persekitarannya yang kaya dengan bangunan-bangunan lama yang masih indah terpelihara. Hajat dihati saya ingin menyeberangi London Bridge namun oleh kerana kepenatan, saya hanya berposing dari City Hall sahaja.

Saya teruskan perjalanan ke Waterloo Station untuk melihat London Eye. Suasana di sekitar London Eye sangat meriah di waktu petang dengan dendangan lagu-lagu dan pelbagai aksi-aksi menarik. Untuk menaiki London Eye terdapat pelbagai package yang ditawarkan bermula dari serendah £17.88 http://www.londoneye.com/TicketsAndPrices/Flights/Default.aspx. Anda juga boleh menaiki river cruise dari London Eye ke Millenium Pier berhampiran London Bridge dengan harga £12.00 seorang. Bagi saya yang mempunyai budget yang terhad, dari bawah juga saya dapat melihat House of Parliament dan Clock Tower (Big Ben) dengan jelas.

Memang benar terdapat banyak kawasan makanan halal dan masjid di sekitar kota London. Tetapi ianya tidak terdapat di kawasan tumpuan pelancong seperti di London Bridge, Waterloo, mahupun berdekatan dengan jaringan tube. Oleh itu seperti pengalaman saya di luar negara sebelum ini, wajib untuk membawa bekalan makanan seperti energy bar atau roti untuk mengalas perut. Terdapat juga panduan mengenalpasti makanan yang halal di bahagian tips keluar negara.


-London eye: Terdapat ramai golongan 'peminta sedekah' dengan gaya yang menarik-


-Kelihatan House of Parliament dan Big Ben dari London Eye-

Nantikan sambungan perjalanan saya ke Nottinghan, Manchester dan Paris.

Thursday, April 23, 2009

Ekonomi pulih akhir tahun 2009

KUALA LUMPUR 12 April - Ekonomi Malaysia dijangka pulih menjelang akhir tahun ini, demikian menurut Kenanga Research.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menyatakan ia masih mempertahankan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2009 pada 0.6 peratus disebabkan tanda-tanda mengenai arah tuju ekonomi global dan domestik yang masih belum kelihatan.


"Kami mengulangi pendirian bahawa ekonomi Malaysia mungkin akan melalui keadaan yang paling teruk dalam separuh pertama 2009.

"Berikutan eksport dan data output yang suram sejak permulaan tahun ini, kami menganggarkan KDNK mungkin merosot sehingga -2.6 peratus dalam suku pertama tahun ini," kata Kenanga dalam laporan sudut pandangan ekonominya hari ini.

Kenanga menyatakan penurunan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi Februari 2009 adalah lebih kecil daripada jangkaan -14.7 peratus tahun ke tahun dan di bawah -19.8 peratus pada Januari.

Penguncupan IPP yang ketara sebahagian besarnya dikaitkan dengan penguncupan terkecil indeks pengeluaran pada Februari bulan ke bulan pada -0.7 peratus sejak kejatuhan berpanjangan bermula Ogos tahun lepas, katanya. - BERNAMA


Wednesday, April 1, 2009

Bagaimana membakar kalori tanpa bersenam

Untuk menguruskan badan, anda perlu membakar kalori melebihi jumlah pengambilan kalori seharian. Pembakaran kalori sentiasa berlaku ketika melakukan kerja rumah, membaca, bahkan ketika tidur juga badan membakar kalori! Namun begitu terdapat beberapa amalan yang bagus dipraktikkan bagi menambah lagi pembakaran kalori.

1. Tidur dengan perut kosong.
Ketika tidur badan membakar 55 kalori sejam. Ini bermakna dengan ketiadaan makanan di dalam perut, badan membakar lebihan lemak dalam badan dan anda akan bangun dengan kandungan lemak yang kurang berbanding sebelum tidur!




2. Minum 8 gelas minuman sejuk sehari
Minuman sejuk akan menurunkan suhu badan, dengan itu badan akan membakar kalori bagi menaikkan suhu badan ke paras normal.

3. Sentiasa bergerak
Gerakan ringkas seperti memakan 'chewing gum' dan mengoyang2kan kaki dapat membantu menambah pembakaran kalori berbanding duduk diam sahaja. Oleh itu jangan marah juga anak2 tidak tahu duduk diam...mereka sedang membakar kalori, mengapa tidak kita turut serta!

4. Ketawa
Anda akan membakar lebih 20% kalori dengan menonton cerita lawak berbanding cerita drama!

5. Makan makanan pedas
Makanan pedas akan meningkatkan metabolisme untuk menggalakkan pembakaran kalori. Namun begitu peningkatan metabolisme boleh menambahkan selera makan, jadi pastikan anda tidak menambah pula!

Singapore's Home Prices Down 13.8 Percent

SINGAPORE, April 1 (Bernama) -- The prices of private residential property in Singapore fell 13.8 percent in the first quarter of this year compared to the last quarter in 2008, according to the city-state's preliminary housing estimates.

Singapore's Urban Redevelopment Authority (URA) said today private home prices fell from 162.8 points in the fourth quarter 2008 to 140.3 points in the first three months of this year.




The decline in the price index of private residential property for the previous quarter was 6.1 percent.

URA also said that the prices of non-landed private residential property in the heart of the city decreased by 15.2 percent in the first quarter of 2009, while within the central district area the price drop was more at 17.2 percent, and in outer parts of the city the decline was 7.5 percent.

In comparison, for fourth quarter 2008, prices of non-landed private residential properties decreased by 6.5 percent in the city, 6.2 percent in the central district area and 5.9 percent in the outer city area.

The estimates were compiled based on transaction prices given in caveats lodged during the first 10 weeks of the quarter, supplemented by information on the number of new units sold, URA said. Source

Malaysia's GDP To Shrink In 2009

BANGKOK, March 31 (Bernama) -- Growth in Malaysia, Singapore and Thailand, South-East Asia's three most export-orientated economies, will contract this year, the Asian Development Bank (ADB) said in a report, Asian Development Outlook 2009, released Tuesday.

Malaysia's growth, which grew by 4.6 percent in 2008, is likely to see -0.2 percent growth in 2009 before recovering to 4.4 percent in 2010, it said. Source


Sunday, March 29, 2009

Melancong ke Australia

Pada hujung tahun 2005, saya dan beberapa rakan sekerja pergi menghadiri kursus sambil melancong di Gold Coast. Untuk masuk ke negara Australia, anda perlu memohon visa atau ETA (Electronic Travel Authority). Saya tidak pasti mengenai ETA, kerana pada tahun 2005 hanya terdapat visa sahaja (tempoh setahun).


-Sekitar south bank river cruise, Bandar Brisbane-

Sedangkan ETA laku sehingga 3 bulan sahaja. Berlainan dengan negara2 yang pernah saya lawati, immigration Australia tegas terhadap makanan yang dibawa masuk ke sana. Anda dinasihatkan tidak membawa sebarang bentuk makanan walaupun kering seperti magie, milo 3in1 atau apa saja, kerana semuanya akan dirampas.


Bahkan jika anda membawa kasut extra didalam beg pastikan ianya tidak mempunyai tanah pada tapaknya. Berbandingkan immigration di negara2 lain yang saya pernah lawati immigration Australia kelihatan tegas dan kurang mesra.


-Gold Coast bandar yang hampir dengan laut-


-Courtyard Marriot: Dua katil king size-

Perjalanan dari Malaysia ke Brisbane mengambil masa 8 jam pergi dan 6 jam kembali. Brisbane 2 jam lebih awal dari Malaysia. Hujung tahun merupakan waktu musim panas di sana. Suhunya seperti di Malaysia tetapi angin sejuk membuatkan tidak terasa kepanasan tengahari. Waktu siang musim panas adalah panjang. Seawal pukul 3.45 pagi sudah masuk waktu subuh, dan pukul 4.30 pagi matahari sudah cerah memancar. Anda perlu membiasakan diri tidur kembali dengan suasana terang semetara menunggu pukul 8 pagi untuk memulakan perjalanan. Kebanyakan kota dan penempatan Australia terletak di pinggiran pantai. Panorama ini sungguh indah dan unik sekali. Bayangkan mereka boleh memilih untuk menaiki kereta ataupun menaiki bot untuk bersiar-siar.


-Kawasan perkampungan tapi terdapat bot persendirian-

Dari Brisbane saya menaiki van ke Gold Coast yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk perjalanan sejauh 90 km. Saya menginap di Courtyard Marriot Surfers Paradise, Gold Coast. Di sini terdapat 2 restoran warga Malaysia yang berbangsa melayu dan cina. Namun saya agak ralat untuk makan di restoran tersebut apabila melihat harga nasi goreng 3x @ 4x ganda harga di Malaysia. Terdapat banyak gerai2 kecil kepunyaan warga Lubnan yang menjual kebab pada harga RM5-6 sahaja. Saiz kebabnya pula 3x ganda lebih besar dari saiz kebab di Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan magie Indonesia dari Asian Supermarket.


-Van yang kami naiki-

Menarik di Gold Coast adalah pantai berangin kuat yang sesuai untuk aktiviti meluncur. Tapi bagi saya yang bertudung agak janggal berada di pantai dengan pakaian yang bertutup. Jadi saya banyak menghabiskan masa dengan bershopping sekitar surfers paradise. Untuk shopping di sini, saya nasihatkan anda untuk meronda dahulu gerai-gerai yang terdapat di sini. Anda akan dapati perbezaan yang agak ketara antara gerai-gerai yang dimiliki oleh bangsa Australia, juga pelbagai bangsa lain termasuk orang Malaysia.


-Harbour town-


-Sekitar Horbour town-

Pada hari pertama kami pergi ke Harbour Town sebuah factory outlet yang berhampiran. Di sini banyak barang-barang cenderahati Australia buatan China yang murah-murah. Terdapat juga cenderahati buatan Australia tetapi pada harga yang lebih mahal sedikit tetapi lebih berkualiti. Berhati2 ketika shopping barangan bukan buatan Australia (seperti Guess, Nike, Adidas dll) kerana harganya adalah lebih mahal sedikit berbanding jika anda membeli di Malaysia. Pastikan anda telah membuat perbandingan harga barangan yang hendak di beli sebelum tiba di sini. Produk dari Australia seperti bulu bebiri dan lembu (tenusu,cheese,coklat cadbury) adalah lebih murah berbanding di Malaysia. Jangan lupa mencuba nudgetnya yang sungguh sedap.


-Movie world: Pride-


-Movie world: Police academy-

Hari kedua saya melawat ke Warner Brothers Movie World. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Harga tiket adalah $60AUD (rate 2005) rate kini adalah $70AUD untuk orang dewasa. Pelbagai watak2 di panggung wayang yang boleh ditemui dan bergambar dengan mereka seperti Batman, Austin Powers, The matrix, Bugs Bunny dll pada sebelah petang terdapat perarakan meriah kesemua watak-watak tersebut. Terdapat jua store menjual cenderahati watak dari Warner Brothers, Sherk, Batman, Harry Potter dll. Movie world juga menyediakan bahagian untuk kanak-kanak iaitu bahagian Looney Tunes Zone, bagi yang suka cabaran, anda boleh mencuba pelbagai roller coster di kebanyakkan bahagian seperti di Scooby Doo Spooky Coster, Superman Escape Coster dll atau meluncur air dari bukit yang tinggi di Wild-wild West. Bagi yang kurang lasak seperti saya, saya menonton tayangan 4D Sherk Advanture, dan persembahan Police Academy dengan adengan helikopter terhempas yang mendebarkan dan boleh merasakan bahang dari letupan tersebut!


-Movie world: Wild-wild west-


-Batman dan keretanya-

Terdapat juga taman tema yang lain seperti Wet n wild dan Sea World pada harga yang sama. Untuk jimat boleh membeli pass seperti Fun Pass, Escape Pass, Super Pass yang menawarkan ketiga-ketiga taman tema ini pada harga serendah $120AUD.


Hari ketiga saya melawat taman Paradise Country. Bagi yang sukakan country style dan melihat haiwan-haiwan ternakan inilah tempatnya. Terdapat kanggaru, koala, bebiri putih gebu bermata biru yang tidak terdapat di Malaysia. Kami sempat menonton dua demo iaitu demo mengetam bulu biri-biri dan demo koboi yang menangkap lembu di ladang. Selepas demo, anda boleh mengambil sisa bulu kambing yang terjatuh di atas lantai. Di sini anda berpeluang untuk memegang kanggaru, menggendong koala dan berbagai haiwan yang dilepaskan. Jika lapar, hidangan tengahari barbeque disediakan.


-Paradise country dari pandangan udara-


-Ladang koboi-


-Aksi koboi-


-Kambing biri-biri bermata biru!-


-Koala yang boleh didukung untuk bergambar bersama-


-Kanggaru dibiarkan lepas untuk anda pegang!-


-Serba sedikit cenderahati-

Tips pelancong keluar negara

Jika anda berminat untuk melancong keluar negara terutama negara2 bukan Islam beberapa tips yang perlu anda ambil kira sebelum memulakan perjalanan...

1. Sediakan kompas dan pastikan anda tahu membaca kompas bagi mengenalpasti arah kiblat.
2. Sediakan botol mineral water kosong. Botol ini sangat perlu terutama jika anda ingin menggunakan tandas awam kerana ketiadaan paip air.
3. Jika anda membawa beg pakaian yang hendak dimasukkan kedalam 'luggage' pastikan anda turut membawa spare beg pakaian dan keperluan sekurang2nya untuk dua hari bersama anda didalam kabin. Jika berlakunya kehilangan beg (terutamanya bagi perjalanan yang mempunyai transit) sekurang2nya masih mempunyai spare pakaian dan keperluan.


4. Jika perlu bawa kertas alas/sejadah kain untuk mengalas ruang sujud anda. Anda perlu bersedia untuk menunaikan solat dimana2 sahaja dan jangan lupa print jadual solat destinasi anda. (Di Australia ketika musim panas waktu solat subuh pada jam 3.45 pagi!)
5. Bertanya dengan yg arif bagaimana menunaikan solat didalam kapal terbang, bagaimana pula jika kita telah menunaikan solat zohor kemudian bertemu kembali waktu zohor didalam perjalanan, bagaimana mengetahui waktu solat berdasarkan keadaan langit (MAS menyediakan waktu tempatan kawasan yang sedang di lalui bagi memudahkan mengetahui waktu solat tetapi airasia tidak.)
6. Rancang perjalanan dengan teliti, mahir dengan peta dan pengangkutan awam terutama apabila ke destinasi negara yang tidak berbahasa English.
7. Membawa makanan (kecuali Australia tidak dibenarkan), kerana agak sukar untuk mencari makanan halal. Anda perlu berhati-hati, makanan yang tidak halal bukan sekadar daging dan beer sahaja. Majoriti makanan di luar negara adalah tidak halal termasuk roti, salad yang biasanya dicampur dengan sedikit wine atau whey powder yang diperbuat daripada khinzir. Jangan terpedaya dengan jenama yang halal di Malaysia belum tentu halal di luar negara. Perhatikan label kandungannya tidak mengandungi liquor (biasanya dari wine), whey powder (biasanya dari lemak khinzir) juga E-code (biasanya dari lemak khinzir). Saya hanya berani makan kentang goreng di restoran fast food yang menyediakan dapur khas untuk kentang goreng sahaja dan ianya digoreng di hadapan pelanggan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng biasanya tidak dicampur dengan gorengan yang lain demi menjaga kualiti rasa. Ada rakan saya yang pernah masuk ke dalam dapur Mc Donald di US, mereka tidak mencampurkan minyak menggoreng daging dengan fish fillet demi menjaga kualiti rasa. Oleh itu beliau beranggapan boleh memakan fish fillet dan omlet burger di Mc Donald.
8. Bawa lip balm dan losyen bagi mengelak rekahan bibir dan kulit yang berpunca dari perubahan cuaca.
9. Jika anda ingin memasak sendiri, anda boleh bawa periuk nasi kecik, beras dan rendang ready-made, ikan bilis cili ready-made, sardin yang terdapat di pasaraya.
10. Bawa gula-gula atau asam ketika menaiki kapal terbang sebagai persediaan untuk mengelak mabuk jika bertembung dengan keadaan cuaca yang buruk.

Thursday, March 12, 2009

Benarkah percuma?

Saya percaya ramai dari kita yang pasti menjadi mangsa panggilan dari pelbagai sumber yang menawarkan penginapan hotel percuma, rawatan percuma, percutian percuma dll. Saya sendiri sudah muak dengan panggilan-panggilan seperti ini. Bayangkan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua kali saya pasti menerima panggilan percuma ini. Ingin mengetahui pengalaman saya. Terukan membaca...


Bermula pada tahun sekitar 2004/2005 saya menerima panggilan telefon dari hotel 5 bintang yang menawarkan percutian percuma di hotelnya dengan syarat saya perlu mendengar penerangan sekitar setengah jam. Saya pun bersetuju dan terus pergi ke hotel tersebut. Saya dihidangkan dengan bihun kosong dan teh. Namun begitu pekerja hotel yang mengiringi saya memang tak bagi peluang saya untuk makan dengan selesa. Bertubi-tubi soalan dilontarkan dan meminta saya segera menuju ke bilik perbincangan.

Dibilik perbincangan, terdapat ramai peserta yang diterangkan secara individu pada meja yang berasingan. Saya diterangkan cawangan-cawangan hotel tersebut dan pakej percutian dalam dan luar negara yang ditawarkan. Menarik. Tapi saya perlu membayar sehingga puluhan ribu ringgit membership untuk mendapat beberapa percutian dalam negara dan 2 percutian luar negara setahun secara percuma. Pekerja hotel tersebut memujuk saya untuk membuat pinjaman bank bagi membayar membership tersebut...wow! tidak mungkin. Saya bertegas menolak. Sebelum pulang saya menuntut percutian percuma yang dijanjikan. Saya diberikan voucher percutian dikajang pada hari bekerja, dan untuk mengambil voucher tersebut juga pada hari bekerja. Perlu mengambil cuti sekurang-kurangnya 3 hari untuk bercuti dikajang??? Dan untuk mengambil voucher tersebut saya perlu fax kepada mereka photostat IC dan slip gaji. Wow! bahaya ini. Tahukah anda terdapat bank yang boleh dimohon pinjaman melalui orang lain. Yang penting ada IC, slip gaji. Akhirnya, voucher tersebur burn begitu sahaja!

Selang beberapa bulan, saya menerima lagi panggilan seperti ini dari hotel yang sama bagi tujuan yang sama. Saya telah menyatakan saya telah mengikuti penerangan sebelum ini dan tidak berminat, beliau mengatakan kalau begitu tidak perlu mendengar penerangan hanya ambil voucher saja, saya pun datang kembali. Kali ini tiada lagi bihun disediakan, hanya beberapa keping roti. Apabila dihampiri pekerja hotel untuk memberi penerangan, saya menyatakan yang saya telah memaklumkan yang saya tak mahu dengar penerangan hanya ingin mengambil voucher. Pekerja tersebut memanggil bosnya, dan saya dimarahi. Oleh kerana tidak tahan, saya terus meninggalkan hotel tersebut tanpa voucher.

Setelah peristiwa tersebut saya tidak mahu lagi mempercayai mana-mana panggilan yang menawarkan voucher percuma, pemeriksaan kesihatan percuma atau apa-apa sahaja yang percuma. Kerana disebalik tersebut pasti ada yang tidak percuma.

Tips untuk mengelak dari menerima panggilan-panggilan seperti ini adalah dengan tidak memberikan maklumat nombor handphone anda kepada sesiapa walaupun ketika sedang mendaftar pertandingan, membeli unit trust dan sebagainya.

Kenapa perlu bayar sedangkan banyak yang percuma!

Terdapat banyak lambakan informasi yang terdapat pada internet untuk diterokai. Namun begitu, terdapat daripada kita yang kurang memanfaatkannya. Bayangkanlah bagaimana ada sesetengah orang yang boleh mengaut keuntungan dengan mengadakan kursus-kursus berbayar seperti kursus menternak lintah, kursus menanam cendawan, e-book menjana wang melalui internet dan lain-lain bergantung kepada saranan kerajaan dari masa ke semasa.


Tahukah anda bahawa kursus-kursus tersebut bukannya murah iaitu sekitar RM500. Bahkan pada tahun lepas, saya diberitahu oleh kawan saya, dia mengikuti kursus penternakan cacing yang dikendalikan oleh seorang yang berbangsa Bangladesh yang telah pun kaya-raya dengan penternakan cacing.

Saya menyoalnya, apakah terdapat bukti beliau menjadi kaya kerana menjadi penternak cacing ataupun menjadi kaya kerana menjalankan kursus penternakan cacing? Kemudiannya mempunyai pendapatan jaminan pembelian benih dari pelajar-pelajarnya. Apakah terdapat jaminan pasaran bagi pelajar-pelajar pula?

Percaya tak kalau saya katakan diinternet terdapat maklumat penternakan yang percuma. Jika tidak pun jabatan haiwan juga menyediakan pelbagai kursus penternakan yang jauh lebih murah bagi membantu membangunkan usahawan.

Saturday, January 10, 2009

Ekonomi Malaysia Mampu Pulih Dalam Tempoh Enam Bulan

Ketua Jabatan Ekonomi London School of Economics and Political Science, Profesor Danny Quah berpendapat Ekonomi Malaysia mampu pulih daripada kelembapan semasa dalam tempoh antara tiga dan enam bulan, menerusi sokongan kerajaan serta dasar yang kukuh.

Sumber

Malaysia Tidak Akan Mengalami Meleset Ekonomi?

Menurut Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi yang sedang dialami diseluruh dunia, walaupun kini menerima sedikit tempias. Wow! inilah statement yang paling berani berbanding pemimpin-pemimpin dunia lain yang mengambil sikap berhati-hati.

Namun begitu, pendapat beliau adalah bertentangan dengan pendapat bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat bahawa ekonomi negara kini dalam keadaan yang buruk. Pak Lah pula memberi komen terhadap pernyataan Tengku Razaleigh dengan menyatakan: "Saya tidak merasakan itu betul. Kemungkinan beliau tidak mendapat kesemua maklumat yang kita ada. Jika ianya buruk, (ekonomi) kita kini berada di dalam keadaan kemelesetan,". Apa pendapat anda?

Sumber