Tuesday, March 30, 2010

Intipati Model Ekonomi Baru (MEB)

Berikut antara intipati Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut.

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.


* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Hab Lembah Klang yang baru -Sungai Buloh

Petikan dari intipati Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.




Menurut Perdana Menteri, lokasi yang dijangkakan berpotensi sebagai kawasan hab baru bagi Lembah Klang adalah disekitar kawasan antara lebuhraya Gutrie dan RRIM RUBBER ESTATE. Kawasan tersebut dilihat berpotensi dengan adanya kemudahan lebuhraya Gutrie dan lebuhraya baru yang bakal menghubungkan Lapangan Terbang Subang dan Hospital Sungai Buloh yang dijangka dapat merancakkan lagi pembangunan dikawasan tersebut.

Tambahan pula, kawasan ini berhampiran dengan terminal baru Skypark sebagai hab pernerbangan, hospital and jaringan lebuhraya menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan strategik dan kombinasi infrastruktur yang sempurna bagi sebuah hub Lembah Klang yang baru.

Menyentuh berkenaan kawasan antara Bandar Baru Sungai Buloh dan Hospital Sungai Buloh adalah terlalu padat untuk dijadikan hab Lembah Klang yang baru. Proses pemindahan industri dan kilang-kilang ke kawasan padat tersebut boleh menyebabkan peningkatan kos dengan banyak isu dan masalah.

Thursday, March 11, 2010

Tiga komponen Model Ekonomi Baru

Tiga komponen penting Model Ekonomi Baru yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) adalah modal insan, modal swasta serta modal sosial.

Modal insan amat diperlukan bagi mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang lebih holistik dan komprehensif. Pekerja bukan sahaja berpengetahuan malah turut mempunyai kemahiran yang tinggi dan akhirnya boleh melahirkan pekerja yang inovatif.

Peranan pihak swasta sebagai salah satu penyumbang ke arah kemajuan negara yang tidak boleh dipertikaikan kerana melaluinya kerajaan serta rakyat akan mendapat pelbagai faedah.


Tuesday, March 9, 2010

Jangan timang / buai bayi anda!

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap...amalan orang tua yang masih diamalkan oleh kebanyakkan orang melayu. Tetapi tahukah anda amalan ini boleh mendatangkan kemudaratan yang dikenali sebagai "Shaken Baby Syndrome (SBS)".




Tuesday, March 2, 2010

Gempa bumi kuat boleh memendekkan hari

Menurut saintis NASA, Richard Gross, gempa bumi kuat berukuran 8.8 yang melanda Chile baru-baru ini boleh mengubah 3 inci putaran bumi dari paksinya dan memendekkan hari sebanyak 1.26 milliseconds.



Manakala gempa bumi kuat yang melanda Sumatera pada ukuran 9.1 tahun 2004 lalu telah memendekkan hari sebanyak 6.8 microseconds dan mengubah putaran bumi dari paksinya sebanyak 2.76 inci. Sumber: YahooNews


Sunday, February 21, 2010

Langkawi oh Langkawi

Cuti tahun baru cina baru-baru ini saya pergi ke Kedah mengikut rombongan pengantin perempuan bertanggak di rumah pengantin lelaki. Kami berkumpul di R&R Sungai buloh dan memulakan perjalanan jam 10.30 pagi. Kesesakan jalan dengan ribuan kenderaan yang ingin pulang bercuti sangatlah teruk. Perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai di R&R Tapah pada jam 2.30 ptg. Limpahan kenderaan menyebabkan ada yang parking di tepi lebuhraya dan terpaksa menapak ke R&R. Perjalanan 8 jam yang sungguh membosankan di tambah pula dengan cuaca panas terik sehingga mencecah 41C. Akhirnya kami sampai di Alor Star pada jam 7 malam.

Oleh kerana pengantin perempuan dan lelaki agak sibuk membeli persiapan ‘last minute’, kami makan malam pada jam 11.30 malam di restoran Thai seafood Alor Malai. Tidak sangka makan malam tersebut disertakan dengan perlawanan bunga api oleh penduduk setempat berlangsung hampir 1 jam. Berbeza dengan pertunjukan bunga api sempena tahun baru, perlawanan bunga api ini lebih lama dan meriah. Terdapat pelbagai jenis corak percikan bunga api yang belum pernah saya saksikan. Apa yang terdetik dihati saya, “kaya betul cina-cina di Kedah ni.”

Selesai majlis perkahwinan, seperti dirancang kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. Kami bertolak dari Kuala Kedah. Tambang bagi dewasa adalah RM23, manakala kanak-kanak RM17. Oleh kerana tiada pengalaman kami beli sahaja di kaunter tiket, rupa-rupanya, syarikat yang kami beli iaitu Sun Power Ferry memang terkenal dengan kelewatan ferinya. Tiket feri jam 5 ptg tetapi feri tiba lewat 1 jam kemudian, sedangkan feri lain tiba tepat pada waktunya. Perjalanan feri mengambil masa 2 jam dan akhirnya kami sampai di Langkawi pada jam 8 malam.

Kami menetap di Haszlena homestay, rumah teres setingkat 3 bilik di taman Nilam. Tempatnya agak terpencil dengan rumah kosong/terbiar di kiri kanan. Namun begitu terdapat juga beberapa orang penghuni di deretan homestay tersebut. Menurut cerita penduduk tempatan, perumahan Taman Nilam ramai orang Burma, namun tidak pula saya menjumpainya. Dengan bayaran murah RM150 semalam, homestay tersebut sangat berbaloi untuk dilangani. Kelengkapan serba lengkap seperti rumah sendiri lengkap dengan beras, garam, gula, teh, kopi, air mineral 4 botol, cili giling, cili api, belacan, minyak masak, jajan untuk si kecil, buaian, sejadah, telekung, iron, kettle, toaster, dapur, landas cincang, set pinggan mangkuk untuk 12 org, set minuman, sabun basuh, berus kain, ubat nyamuk, aircond di bilik tidur utama, astro dll.

Hari kedua kami mulakan dengan shopping di Idaman Suri yang sememangnya berhampiran dengan homestay kami. Pada umumnya harga pinggan mangkuk berjenama adalah sama di mana-mana kedai pun. Terdapat dua kedai popular untuk membeli pinggan mangkuk berjenama iaitu Idaman Suri dan Haji Ismail Group (HIG).





Beza antara kedua kedai ini adalah:

1.Idaman Suri pemiliknya adalah India Kristian dan HIG melayu walaupun kedua-duanya mempunyai pekerja melayu kesemuanya.

2. HIG mempunyai banyak koleksi pinggan mangkuk berjenama seperti Correlle, Vission, Corning Ware, Vantage (tidak terdapat di Idaman Suri), Queen Anne (tidak terdapat di Idaman Suri) dll tetapi Idaman Suri turut menyediakan pinggan mangkuk cantik berjemana Idaman Suri yang dengar kabarnya dibuat di China.


-Periuk jenama Idaman Suri-


-Bukan Queen Anne UK, tapi buatan Brazil-

3. Sudu dan senduk di Idaman Suri memang lebih cantik tetapi lebih nipis berbanding di HIG pada harga yang sama.

4. HIG mempunyai 3 cawangan, 2 cawangan di Kuah dan satu di Jeti pada harga yang sama di semua cawangan. Sedangkan Idaman Suri hanya satu cawangan sahaja. Jika anda ingin membeli pinggan mangkuk di HIG beli sahaja di Jeti lebih mudah.

5. Jika anda hendak membeli coklat, HIG Kuah lebih mempunyai koleksi coklat yang lebih banyak.



6. Bagi barangan selain pinggan mangkuk dan periuk seperti beg, cadar dll, Idaman Suri lebih mempunyai banyak koleksi yang cantik dan boleh tahan kualitinya namun begitu anda boleh lihat kedua-duanya Idaman Suri mahupun HIG adalah barangan buatan China.

Pengalaman shopping di Langkawi pada saya kurang menyeronokkan. Barangan bebas cukai yang dijual hanya bagi barangan pinggan mangkuk, coklat, rokok (kartun pertama shj), wine (kotak pertama shj) dan perfume (pilihan terhad). Bagi suami saya yang tidak berminat dengan barang-barang tersebut sangat kecewa apabila mencari barangan elektrik dan hanya memenui kedai kecil pada harga yang sama seperti di KL. Saya membayangkan duty tax free zone yang dicanangkan sekurang-kurangnya seperti Mustafa Centre di Singapura. Walaupun kedainya agak buruk, tetapi sebut sahaja apa yang dihajati, anda pasti menemuinya pada harga yang berbaloi. Namun begitu, harga 5 barangan yang disebut terdahulu ianya lebih murah di Langkawi. Barangan-barangan lain seperti beg Polo, kasut, jaket semuanya buatan China, lebih baik shopping di Petaling Street.




-Polo buatan China-

Setelah puas shopping di Idaman Suri dan HIG, kami bertolak ke Padang Mat Sirat. Di sana terdapat Atma Alam (Batik Art Village). Bayang barangan yang dijual seperti batik, kain pelekat, minyak gamat, cenderahati pada harga yang murah.



Hari ketiga kami pergi ke Cable car pada jam 10 pagi, sayangnya perkhidmatan cable car ditutup untuk maintenance kerana overload selama 2 hari ketika cuti tahun baru cina. Sementara menunggu, kami berjalan-jalan sekitar kawasan tersebut. Tidak menghampakan, terdapat rusa, arnab, gajah yang boleh dipegang dan dinaiki. Terdapat juga tasik, bot kayuh, segway,kedai duty free the zone (tetapi lebih mahal sedit berbanding di Kuah) dan restoran dari berbagai negara. Sayangnya setelah 2 jam menunggu sekali lagi kami terpaksa menunnggu apabila angin laju sekitar 70-100km/j. Cable car tidak akan beroperasi sekiranya terdapat angin yang kuat, hujan dan petir.





Oleh kerana sudah bosan, kami berjalan pula di Perdana Quay. Seronok dapat melihat deretan kapal layar biasa dan mewah. Jika bernasib baik, anda mungkin dipelawa ownernya untuk menaiki kapal milik mereka! Di sini juga terdapat kedai The Loaf milik bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamed. Pelbagai aneka roti menggunakan ramuan yang diimport sangat menarik hati. Sayangnya roti di sini hanya dimasak pada waktu pagi sahaja, dah jika anda datang sudah tengahari, jumlah roti yang tinggal tidaklah banyak. Selama ini saya hanya melihat roti-roti sedap di luar Negara tetapi tidak berani mencuba kerana kebanyakan roti dicampur dengan wine dan whey powder supaya moist dan creamy. Dari sini saya boleh nampak cable car telah kembali beroperasi dan kami berpatah balik.









Ternyata kepenatan menunggu sangat berbaloi! Sebelum ini saya pernah menaiki cable car di Genting Highland, tetapi tidak begitu teruja seperti di sini yang lebih curam memanjat gunung. Di puncak Gunung Mat Cincang terdapat jambatan gantung yang boleh berayun apabila angin kuat dan menara yang anda boleh melihat hampir keseluruhan pulau Langkawi. Jika anda seorang yang gayat, perlu berfikir panjang sebelum naik.

Di sebelah petangnya kami pergi ke Tanjung Rhu, berbeza dengan Pantai Cenang pemandanganya lebih indah di kelilingi pulau-pulau. Pantainya juga sangat landai, ketika kami tiba jam 5 petang, air surut hinggakan anda boleh berjalan sehingga ke pulau yang berhampiran! Namun begitu cuaca panas membakar menghalang kami untuk beriadah.



Hari keempat dan hari terakhir saya berada di Langkawi. Kami akhiri dengan last minute shopping barangan seperti coklat, ikan masin, ikan bilis dll. Untuk membeli ikan masin dan ikan bilis, menurut mertua saya murah di Pasir Hitam, di sana terdapat kedai seperti R&R. Pemandangan di Pasir Hitam tidaklah berapa cantik kerana ianya tempat nelayan kecil mendarat. Berbeza dengan pantai Cenang dan Tanjung Rhu, pasirnya sememangnya hitam.



Sebelum saya bercuti di Langkawi, pada pandangan saya, “apalah yang ada dengan Langkawi selain dari shopping pinggan mangkuk, underwater world, makam mahsuri, pantai Cenang, beras terbakar…”. Tetapi apabila menaiki cable car, melawat Perdana Quay memberikan pengalaman yang berbeza. Itupun saya belum lagi ke Porto Malai, air terjun dan pulau-pulau indah di sekeliling Langkawi kerana majoriti ahli rombongan tidak berminat. Dalam hati kecil saya berbisik, padanlah ramai mat salleh di sini. Saya rasa berhutang untuk pergi sekali lagi ke sini, namun pastinya ianya lebih mencabar dan mengujakan!

Thursday, February 11, 2010

Membuat pinjaman untuk melabur di unit amanah?

Saya mempunyai sahabat yang melabur ingin melabur di unit amanah tetapi tidak mempunyai wang yang banyak. Beliau telah mengambil pinjaman peribadi bernilai RM20K untuk melabur. Saya kurang berminat dengan idea beliau. Pada saya perlaburan adalah dari duit lebihan dan bukannya dari hutang. Duit lebihan pun perlu diasingkan dari duit tabung kecemasan dengan amaun 2 atau 3 kali ganda dari gaji bulanan. Mungkin ada yang berkata, "kalau begitu sampai bila pun tiada pelaburan?". Jawapannya, anda kena betul-betul faham apa yang dimaksudkan dengan pelaburan.


Pelaburan adalah nilai bersih yang boleh dikira sebagai keuntungan. Ada pelaburan jangka pendek dan ada pelaburan jangka panjang yang nilai pelaburan pada masa singkat(2-3 bulan) negetif tetapi kemudiannya menjadi positif dan menguntungkan dan pelaburan unit amanah adalah pelaburan jangka sederhana (1-3 tahun) dan panjang(5 tahun).

Oleh kerana ianya adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang, untuk mendapat keuntungan berbaloi anda perlu menunggu sehingga 2 tahun (dalam keadaan ekonomi sekarang), tetapi perlu ingat terdapat juga unit amanah yang masih di bawah harga jualan walaupun telah 2,3 tahun dilancarkan. Tips untuk membeli unit amanah (trend untuk masa kegawatan) ialah jangan membeli ketika unit amanah baru dilancarkan, biarkan ianya beroperasi setahun dan lihat prestasinya, kemudian barulah anda pertimbangkan untuk membelinya. Anda perlu tahu harga jualan ketika dilancarkan. Membeli unit amanah yang mempunyai harga lebih rendah dari harga pelancaran adalah tindakan bijak tetapi anda perlu bersabar jika unit yang dipilih itu memang lambat berkembang. Dividen hanya diberikan pada unit amanah yang telah melebih harga semasa pelancaran.

Terdapat tiga jenis profil pelaburan di unit amanah iaitu aggressive, sederhana dan pasif. Bagi anda yang takut kepada risiko, anda boleh membeli bon yang berprofil pasif, namun jangan iri hati apabila melihat rakan denga profil aggressive memperoleh keuntungan berlipat ganda. Saya seorang yang berani untuk melabur pada profil aggressive kerana pada saya unit amanah tetap menguntungkan cuma anda perlu bersabar tidak menjual ketika nilainya negetif atau keuntungan kecil. Berbanding saham anda boleh kehilangan wang pokok yang dilaburkan walaupun anda membiarkannya untuk tempoh yang lama. Silap haribulan makin lama, makin banyak duit pokok dimakan hingga habis ke akar!

Berbalik kepada kisah sahabat saya, dia membuat pinjaman peribadi RM20K untuk 7 tahun dengan nilai interest 5.6%. Sedia maklum tahun pertama dan mungkin tahun kedua adalah tahun untuk hanya membayar interest kepada bank sahaja belum lagi harga pokok RM20K. Jika pelaburan mendapat keuntungan katalah RM1000, beliau tidak boleh menganggap sebagai keuntungan kerana beliau perlu membayar interest katalah RM300 sebulan, setahun jumlahnya adalah RM3600. Ini bermakna beliau rugi RM3600 - RM1000 = RM2600 + RM20K (harga pokok hutang).

Berbanding dengan saya, saya mengeluarkan simpanan kwsp untuk tujuan yang sama. Untuk urusan pengeluaran KWSP, saya serahkan kepada ejen unit amanah saya. Saya hanya menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda tidak perlu risau akan ditipu kerana pihak KWSP akan terus menyalurkan wang anda kepada unit amanah yang diiktiraf kerajaan di atas nama anda. Anda boleh mengeluarkan akuan 1 anda dengan syarat akaun tersebut melebihi nilai simpanan asas berdasarkan umur. Kadar yang dibenarkan ialah tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas tersebut (Sila rujuk carta di bawah) dalam tempoh setiap 3 bulan. Pihak KWSP mempunyai senarai syarikat unit amanah yang diikhtiraf kerajaan dan hanya pelaburan dalam negara yang dibenarkan.



Sebagai contoh, jika anda berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan di akaun 1 RM30000. Simpanan yang boleh dikeluarkan ialah RM30000 - RM18000 (simpanan asas pada usia 30 tahun) = RM12000. 20% dari baki lebihan simpanan asas = 0.2 * RM12000 = RM2400 sahaja. Memang jumlahnya kecil tetapi yang penting anda membayarnya secara tunai. Sebarang keuntungan unit amanah boleh kira sebagai untung bersih.

Sedar tidak sedar, setelah dua tahun pengeluaran kini jumlah duit saya di unit amanah sudah bernilai RM20K + keuntungan secara jelas, sedangkan sahabat perlu menunggu lagi 5 tahun lagi sebelum mendapat keuntungan sebenar. Namun begitu perlu diingat, pengeluaran menerusi KWSP adalah bersifat simpanan untuk hari tua. Ini bermakna keuntungan yang diperolehi hanya di atas kertas yang hanya boleh dikeluarkan apabila sudah berusia 55 tahun. Namun ianya sangatlah berbaloi berbanding mengharapkan keuntungan KWSP yang tidak pernah melepasi keuntungan 10% (nilai keuntungan pada tahun pertama saya melabur!).

Monday, February 8, 2010

Model Ekonomi Baru melayu perlu ubah sikap

Samada kita sedia atau tidak dan mahu menerima atau tidak, orang Melayu harus menyediakan diri untuk menghadapi perubahan Model Ekonomi Baru (New Economic Model) dengan sikap berdikari, tekun, dan daya maju. Realiti ekonomi dunia dan politik masakini tidak berupaya menampung polisi dan tuntutan affirmatif seperti yang lepas-lepas.

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan penubuhan Jemaaah Ekonomi Kebangsaan atau Inggerisnya, National Economic Council (NEC). Pengerusi jemaah ini telah dilantik ia-itu Tan Sri Amirsham Aziz. dan terma rujukannya adalah khusus untuk menggubal satu New Economic Model (NEM).


Minggu lepas, Najib telah menyatakan model ekonomi baru akan mempunyai elemen tindakan afirmatif dari Dasar Ekonomi Baru tetapi ianya akan disesuaikan dengan realiti pasaran dunia yang global. Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain.

Tindakan afirmatif yang ingin dijalankan untuk membantu kaum Bumiputera, khususnya orang Melayu dan rakyat berpendapatan rendah harus selari dengan dunia pasaran bebas dan keperluan negara untuk meningkatkan upaya saing negara melalui pembangunan pekerja-pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.

Realitinya tuntutan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa meletakkan Malaysia dalam keadaan terpaksa untuk membuka banyak sektor-sektor ekonomi tertentu. Jika tidak, kita tidak akan dapat meneruskan kegiatan perdagangan dengan negara lain. Sebagai salah satu negara perdagangan utama dunia, Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.

Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar (external). Ini juga salah satu cabaran bagi Jemaaah tersebut untuk menjana ekonomi tempatan dan mengurangkan risiko penggantungan kepada ekonomi dunia.

Saiz ekonomi negara kini sudah jauh lebih besar dari dahulu. Tuntutan ke atas peranan kerajaan sudah jauh berbeza. Tanggungjawab kerajaan sudah menjadi lebih kompleks. Ianya ditambah dengan beban yang besar untuk membetulkan kesilapan yang lepas.

Demografi penduduk sudah berubah dengan generasi muda lebih menyerlah. Samada mereka menyedari kesediaan dan keupayaan sebenar, anak muda Melayu sudah mahu menerima liberalisasi dan persaingan.

Politik orang Melayu sudah berpecah empat dan masing-masing memerlukan rakan parti bukan Melayu. UMNO sedang menghadapi kritikan dan tuntutan dari rakan-rakan parti dalam BN. Akibatnya rakyat bukan Melayu dan Bumiputera menjadi lebih bersuara dan mendesak dalam tuntutan mereka.

Orang Melayu yang pro-pembangkang pun ikut sama menyuarakan tuntutan yang sama. Mungkin sekali, motivasi mereka adalah semata-mata kuasa politik. Ada pula disebabkan kekecewaan tertentu. Ada pula kerana naluri semulajadi condong kepada pemikiran liberal. Tidak kurang yang disebabkan ketaksuban kepada pemimpin.

Dengan suara Melayu yang mulai lemah dan tidak bersatu, political will atau kesungguhan politik pun ikut lemah. Namun begitu, model ekonomi yang ada perlu dikemaskini kerana ianya berasaskan keperluan untuk membina integrasi kebangsaan dan menangani masaalah kemiskinan dikalangan penduduk, khususnya kaum Bumiputera.

Senario ekonomi sudah jauh berbeza dan berubah. Pembolehubah ekonomi (economic variable) dan hala tuju polisi sudah jauh berbeza dari dahulu. Cabaran kita kini adalah untuk menjadi kompetitif di pesada dunia yang lebih mencabar.

Sumber minyak dan gas dalam negeri yang satu masa dahulu adalah pelincir kepada pencapaian DEB kini sudah mula berkurangan. Pendekatan pemberiaan subsidi sudah membebankan dan diluar kemampuan kerajaan.

Ekonomi berasaskan tenaga buruh yang rendah sudah tidak sesuai. Negara tidak boleh meneruskan kegiatan ekonomi tertentu dengan mengharapkan kepada tenaga dari luar. Disamping itu, ia menimbulkan masaalah sosial dan keselamatan, termasuk perhubungan antarabangsa.

Rakyat kita sudah tidak mahu melakukan pekerjaan buruh yang bergaji rendah. Taraf kehidupan sudah meningkat dan gaya hidup sudah berbeza. Ekonomi kita sudah sampai masa untuk diubah asas kepada model pendapatan tinggi (high income model). Ciri-ciri model ekonomi sedemikian memerlukan suntikan keupayaan innovasi, kreatif dan tambah nilai.

Proses kerja perlu diubah dan memerlukan kemaskinian dan peningkatan pengisian peralatan dan metod pengurusan moden. Penekanan perlu kepada meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sumber manusia melalui latihan-latihan kemahiran dan kursus-kursus pengurusan yang berterusan.

Ini supaya pendapatan yang tinggi dapat diimbangi dengan pengeluaran dan hasil yang jauh lebih baik.

Ekonomi yang berasaskan pendapatan yang tinggi tidak lagi sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi ala tenaga buruh pendapatan rendah. Semua kegiatan ekonomi perlu diubahsuai dan disuntikkan elemen innovasi, dan kreativiti untuk menambahkan nilai dan pulangan.

Sudah sampai masanya, ekonomi negara ditingkatkan ke arah sektor perkhidmatan. Komponen perkhidmatan dalam ekonomi negara masih rendah dalam lingkungan 50%. Najib sudah menyatakan sektor perkhidmatan perlu dipertingkatkan hingga ke 70% dalam masa terdekat.

Menurut sumber dari Kementerian Industeri dan Perdagangan Luar, sektor perkhidmatan telah lama dibuka dan ditawarkan kepada Bumiputera tetapi peluangnya tidak diambil. Ini yang memerlukan kerajaan membuka sub-sektor tertentu untuk menarik pelaburan luar (FDI). Namun begitu, bidang-bidang yang didefinasikan sebagai strategik masih tidak dibuka dan dikekal struktur pegangan saham yang ada.

Dimana Melayu dalam NEM ini? Kita boleh terus menuntut supaya keadaan dan kemudahan yang kita kecapi selama ini tidak diubah. Mungkin kita berupaya menggunakan tekanan dan pengaruh, tetapi tidak semua tuntutan dapat dilayani.

Sebagai individu, Melayu terpaksa mengubah sikap dengan secara drastik dan bersedia menerima realiti. Sedikit sebanyak, kita perlu bersedia untuk berdikari dan merancang masa depan ekonomi kita, pelajaran anak-anak dan membimbing kerjaya diri dan anak-anak.

Melayu perlu merancang seolah-olah kerajaan tidak dapat membantu lagi. Tindakan afirmatif kerajaan sememangnya tidak sepatut membantu mereka yang sudah berada di peringkat tengah tetapi hanya kepada yang miskin dan peringkat pendapatan rendah.

Peruntukkan kerajaan untuk membantu orang Melayu perlu menjurus kepada ruang yang ada kesan tinggi (high impact) dan tidak lagi untuk pengganti tanggungjawab peribadi. Tidak termampu kerajaan untuk terus membina sekolah asrama penuh atau pelbagai kemudahan asas untuk semua umat Melayu. Peruntukkan perlu disalurkan dengan lebih efisyen dan berkesan.

Sudah sampai masanya, kaum menengah dan atasan Melayu meringankan beban kerajaan dengan menjalankan tanggungjawab sendiri. Mereka perlu ke hadapan mengambil peranan dan menyumbang kepimpinan untuk membina masyarakat Melayu yang viable dari segi ekonomi.

Sudah lama keadaan menuntut orang Melayu berfikir sebagai satu komuniti yang bersikap berdikari, dan berhala tuju dalam membangunkan masyarakatnya. Kalau tidak bangsa itu merubah nasibnya, tidak ada orang lain yang akan menolong.

Dengan kepimpinan komuniti yang ikhlas dan efektif serta kebolehan yang kreatif dan berinovasi, lambat laun ia pasti jauh lebih berkesan dari sikap meminta-minta dan mengharap hanya kepada kerajaan. Anggaplah bantuan dan sokongan kerajaan sebagai satu bonus.

Bangsa kita perlu ditanamkan kesedaran dan sedikit rasa cemas (seige mentality) supaya ada perasaan perlu segera timbul dalam sanubari hati kita. Jika dapat diwujudkan sikap berdikari, ini boleh meningkatkan semangat kerjasama dan kesetiakawanan sebangsa untuk sentiasa mahu tolong menolong dan maju bangun bersama.

Dengan kaum Bumiputera merupakan 66% penduduk negara, tidak mustahil untuk kita bangun menguasai ekonomi negara tanah tumpah darah. Menurut sejarah orang Melayu pun, kita adalah bangsa pedagang dan pelaut. Usaha dan kesungguhan orang Melayu yang membina sejarah kegemilangan di masa silam. Ia hanya memerlukan kesungguhan, kerjasama dan kebijaksanaan untuk mengembalikan kegemilangan itu.

Sudah masa kita bercita-cita tinggi untuk mahu menguasai ekonomi dan tidak dibelengu dengan hanya mahukan bahagian 30%.

Ditulis oleh Citrawaras dan dipetik dan sunting dari MyKMU

Penghapusan subsidi, anda bersedia?

Kerajaan kini sedang merangka untuk menarik subsidi yang dinikmati rakyat sedikit demi sedikit. Bermula dengan minyak yang akan ditarik subsidinya pada Mei 2010 kemudian dijangkakan subsidi barangan lain seperti tepung, gula dan barang kawalan yang lain.




Subsidi minyak adalah makenisma yang diperkenalkan pihak penjajah bagi mengelak kejatuhan mendadak ekonomi selepas perang dunia ke II masih dilaksanakan sehingga kini. Pengawalan harga minyak kini menjadi bebanan kepada kerajaan dengan kenaikan harga minyak pasaran yang telah mencecah US$75 setong. Peruntukan subsidi kini dilihat kerajaan sebagai tidak lagi releven ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara Maju. Peruntukan subsidi ini boleh disalurkan kepada dana bagi menarik pelabur dalam dan luar negara untuk membangunkan teknologi tenaga hijau sebagai sumber baru yang boleh menjana pendapatan negara.

Pendapatan negara masih lagi sekitar US$7,469 jauh ketinggalan berbanding dengan pendapatan Singapura 34,346 dan Korea US$16,450. Untuk merealsasikan negara Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, kerajaan kini dalam usaha untuk peningkatkan pendapatan rakyat. Kaedah ini telah digunapakai di Singapura pada sekitar tahun 80-an. Sejajar dengan itu, gaji anggota polis telah dinaikkan baru-baru ini. Dengan pendapatan yang tinggi rakyat tidak perlu lagi bergantung dengan pemberian subsidi yang sedang dinikmati kini. Namun begitu kerajaan perlu mengambil berat terhadap golongan kurang upaya, warga tua dan orang miskin dengan pemberian sistem kupon melalui myKad bagi mereka untuk terus menikmati subsidi kerajaan.



Dianggarkan kira-kira sejumlah 2.3 juta pekerja asing yang merupakan 20% dari tenaga kerja di Malaysia adalah berskil rendah. Negara perlu mengurangkan jumlah ini dengan menggantikan tenaga kerja pakar bagi membangunkan teknologi terkini. Peningkatan harga minyak dan pengurangan bilangan pekerja buruh kepada penggunaan mesin akan menjadikan Malaysia bukan lagi destinasi yang menyediakan persekitaran murah bagi menarik pelabur untuk membuka kilang di sini. Namun begitu jika kerajaan tidak berganjak dari itu, negara kita tetap akan menjadi sebuah negara berpendapatan sederhana.

Persoalannya, bersediakah anda dan mampukah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada era kegawatan ekonomi dunia yang belum lagi berpenghujung?

Saturday, February 6, 2010

Tanda awal keretakkan hubungan

Kenalpasti tanda-tanda awal keretakkan hubungan supaya anda boleh segera perbaikinya sebelum terlewat! Khusus untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja.



Tanda pertama
Kurangnya perwatakan romantis yang dapat menawan hati pasangan seperti yang pernah anda lakukan semasa berbulan madu seperti memberi jambangan bunga, ungkapan kata-kata cinta, sentuhan, pelukan, ciuman dan berbagai lagi yang anda sangat arif sebelumnya tetapi kini telah lupa atau mulai kekok.


Tanda kedua
Anda seolah-olah tidak mengenali pasangan anda. Semakin lama anda hidup dengan pasangan anda semakin banyak perkara baru yang anda akan ketahui. Hingga seolah-olah anda tidak mengenali pasangan anda. Perkara ini membuatkan anda dan pasangan sering bertengkar.

Tanda ketiga
Apabila tiada persefahaman dicapai, masing-masing cuba untuk memaksa pasangan untuk menuruti pendiriannya. Anda mula berfikir "saya tidak akan lakukan ini dan itu semata-mata untuk menyenangkan hatinya". Tiada lagi tolak ansur membuatkan masing-masing berdegil dengan pendirian sendiri.

Tanda keempat
Anda kini sudah penat untuk bertengkar kerana ianya bukan sahaja menyakitkan tetapi tiada kesefahaman yang akan dicapai, oleh itu anda dan pasangan mengambil langkah berdiam diri. Walaupun tiada lagi pertengkaran antara anda dan pasangan tetapi sebenarnya anda semakin jauh dari pasangan apabila komunikasi semakin kurang dan masing-masing membuat andaian sendiri yang mungkin tidak benar.

Tanda kelima
Anda lebih selesa jika pasangan tiada di rumah kerana anda bebas melakukan apa yang anda sukai tanpa mendengar leteran dan kata-kata negetif.

Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda awal hubungan anda mulai mengalami keretakkan. Anda perlu segera merawatnya. Jika kata-kata bukan lagi penawar untuk berdamai, ada baiknya anda dan pasangan berpisah sementara dan memikir kembali apakah anda berdua saling memerlukan?


Monday, February 1, 2010

Tahap-tahap stress

Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.


Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:
1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan murung

2. Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi terdahulu

3. Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dll

Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan. Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.

Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari sudut positif.

Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.

Saturday, January 30, 2010

Singapore 'not to' guide

Walaupun telah merancang untuk bercuti ke Singapura pada hujung tahun 2009, tetapi saya tidak sempat membuat 'research' yang banyak. Oleh itu saya dan suami redah sahaja ke Singapura. Banyak pengalaman pahit manis yang saya lalui untuk panduan bersama supaya lebih merancang sebelum memulakan perjalanan!



Kami merancang untuk ke Singapura dengan menaiki bas di Larkin. Setiba di Larkin kami tercari-cari parking untuk 3 hari. Oleh kerana tidak mahir dengan jalan di sana, kami terus masuk ke Metro parking yang terletak di belakang stesyen bas Larkin. Hati saya sudah berasa tidak sedap apabila membaca bayaran yang dikenakan adalah per hour. Setelah bertanya dengan orang di sana, ternyata kawasan tersebut bukan parking untuk bermalam. Kami cepat-cepat keluar (lebih kurang 5 atau 10 minit sahaja) namun telah dikenakan bayaran minima RM2!

Rupa-rupanya parking untuk beberapa hari terletak di seberang jalan berhampiran dengan stesyen minyak. Bayarannya ialah RM3 sehari. Dari Larkin ke Singapura tambang basnya hanya RM2.50 menaiki bas Singapore-Johor Express (SJE). Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya menaiki bas ke Singapura. Sebelum ini saya pernah datang ke Singapura menaiki kereta berbelas tahun yang lalu. Bas berhenti sebaik sahaja sampai di pejabat kastam Malaysia, ramai orang kelihatan berlari menaiki tangga/escalator. Saya agak binggung, turut berjalan laju. Saya menggunakan gate automatik untuk scan passport. Setelah melepasi gate tersebut kami bergegas turun. Ternyata, kami tidak sepantas orang-orang yang sudah biasa berulang-alik. Akibatnya, kami ketinggalan bas. Mula-mula rasa cemas juga, tapi kami cuba tunggu bas selanjutnya. Nasib baik tiket bas masih disimpan. Jika tidak perlu beli lagi. Terdapat beberapa syarikat bas yang pergi ke Singapura, jadi perlu berhati-hati jangan main boh saja.

Menunggu bas pun mengambil masa juga lebih kurang 20-30 minit. Saya perhatikan syarikat bas Singapura lebih banyak (lebih kurang 10 minit sahaja), tetapi pembayarannya menggunakan kad. Setelah menyeberangi Selat Johor, sekali lagi kami perlu berlari ke kaunter immigration. Kali ini lebih mencabar, ini kerana kaunter khas hanya disediakan untuk warga Singapura. Pada pandangan saya, Singapura dan Malaysia jiran yang terlalu dekat, mengapa tidak disediakan kaunter khas untuk Malaysian. Seperti pengalaman saya ketika memasuki London, terdapat kaunter khas untuk UK dan satu lagi untuk European. Ketika saya memasuki Paris dari Dover, saya hanya perlu lalui sekali sahaja pemeriksaan immigration Paris di Dover. Mudah bukan? Setelah hampir 1 jam berbaris menunggu giliran untuk melalui kaunter immigration, saya kini perlu tunggu lagi bas untuk meneruskan perjalanan ke Bugis street. Secara keseluruhan saya menghabiskan masa kira-kira 2 jam di immigration sahaja.

Sampai sahaja di Bugis street hampir jam 12 tengahari. Saya pun berjalan kaki ke station MRT berhampiran. Di sana terdapat satu restoran mamak (satu-satunya restoran yang menyediakan makanan halal). Walaupun restoran ini kecil sahaja, tetapi menu yang disediakan sangat kretif, seperti roti canai telur cheese, tosai aiskrim dll. Namun sudah sampai di Singapura rugi kalau tidak mencuba murtabak Singapura. Harga sekeping murtabak S$5 (RM12!), tetapi sangat berbaloi! Saiz murtabak ini adalah 4 kali lebih besar dari saiz murtabak biasa. Berbeza dengan murtabak di Malaysia, anda boleh merasa ketulan ayam di dalamnya. Saya hanya mampu menghabiskan separuh sahaja. Separuh lagi saya simpan untuk makan malam. Kemudian saya membeli tiket Singapore Tourist Pass untuk 2 hari bernilai S$26. Wang S$10 akan dipulangkan ketika pemulangan tiket.





Dari MRT Bugis saya ke MRT Aljunied untuk ke hotel budget Fragrance yang berharga S$50 semalam. Saya memang memilih untuk tinggal di Geylang kerana pada sangkaan saya Geylang adalah tempat melayu, tapi sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya Geylang adalah tempat cina dan pelbagai bangsa asing. Tempatnya lebih kurang seperti Chow Kit di KL. Aduh! Bahkan di sini ini juga boleh kelihatan tempat-tempat 'ayam'. Saya sungguh kurang selesa untuk keluar-masuk ke hotel, kerana seolah-olah di pandang serong, seperti tersalah masuk reban...Namun keadaan hotelnya sangat memuaskan. Walaupun dikategorikan hotel budget, tetapi lengkap dengan cerek letrik dan hair dryer.









Petangnya kami berjalan-jalan di sekitar City hall, Merlion Park, Esplanade. Puas berjalan dan bergambar, terdapat boat tour di sini, tetapi pada saya sayang nak mengeluarkan S$ setakat nak melihat pemandangan kota batu. Saya lebih berminat mengambil pakej boat tour ke pulau-pulau di Malaysia. Setelah penat berjalan di sini, kami pun pulang ke hotel.



Keesokannya, saya menaiki MRT ke Paya Lebar. Di sini barulah saya jumpa ramai melayu. Saya bersarapan lontong berhampiran Malay Village. Lontong di sini dimakan dengan kerisik. Sungguh sedap. Pada saya makanan-makanan di Singapura sungguh sedap. Saya kemudian menaiki MRT ke Harbour Front untuk ke Pulau sentosa. Untuk masuk ke Pulau Sentosa bayaran S$8 dikenakan. Bayaran adalah untuk train ke Pulau Sentosa dan bas untuk mengelilingi Pulau tersebut. Ketika ini universal studio masih dalam pembinaan. Saya hanya ronda-ronda pantai Siloso dan Pahlawan. Melihat keadaan pantai buatan yang sempit tetapi warganya sangat hargai dan enjoy, baru saya menghargai betapa indahnya pantai-pantai di Malaysia yang mula tercemar kerana tiadanya penguatkuasaan. Saya tidak mahu berbelanja lebih untuk masuk 4D studio dll kerana semuanya telah saya alami ketika pergi ke Gold Coast. Tetapi universal studio Singapore nampak unik dan ingin saya catatkan dalam list jalan-jalan akan datang.









Petangnya saya berjalan-jalan sekitar Orchard road dan Mustafa Centre. Permandangan Orchard Road sungguh indah apatah lagi ketika itu seminggu sebelum Chrismas. Sungguh happening! Setelah penat saya singgah makan di restoran Ayam Penyet Ria. Memang sedap. Rasanya jauh lebih sedap berbanding Ayam Penyet Ria di Sunway Lagoon. Nasinya sahaja dari beras yang berkualiti, belum lagi ayam dan sosnya. Yum yum. Kemudian saya pergi ke Mustafa Centre. Rugi jika tidak ke sini, ada pelbagai barangan dijual. Sebut apa sahaja dan dari negara mana, pasti ianya terdapat di Mustafa Centre. Harga barangan terutama elektrik lebih murah berbanding di Malaysia. Tetapi bagi peminat pinggan mangkuk dan barangan rumah, memanglah lebih murah dari KL tetapi tiada yang dapat tandingi harga di Langkawi. Ikutilah pengalaman perjalanan saya ke Langkawi minggu depan!



Wednesday, January 27, 2010

Usah bergantung pada FDI

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Usahawan dan syarikat tempatan perlu digalakkan melabur dalam negara berbanding bergantung terhadap pelaburan langsung asing (FDI), yang mungkin tidak lagi mencukupi pada masa depan.
"Masa depan bakal menyaksikan dunia yang sangat berbeza dari segi ekonomi. Kita masih bercakap mengenai FDI. Pada masa depan, FDI tidak lagi akan mengalir masuk ke sini atau mana-mana negara," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, kadar pengangguran yang tinggi di Amerika Syarikat (AS) merupakan antara sebabnya: "Terdapat 10 peratus pengangguran di AS. Oleh itu, mereka mahu industri kekal di AS bagi menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan, atau akan berlaku revolusi terhadap mereka."

"Oleh itu, perbadanan dari AS tidak akan menggunakan wang untuk datang ke sini dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Selain pekerjaan, FDI sebenarnya tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada negara.
"Mereka datang bersama 10 peratus modal. Mereka meminjam wang di sini.

Mereka memulakan industri tanpa membayar cukai, dan mengaut semua keuntungan, namun jika syarikat Malaysia beroperasi di sini, mereka akan terus kekal di sini, mewujudkan pekerjaan dan membuat keuntungan yang lebih tinggi, yang akan memberi manfaat kepada seluruh negara," katanya semasa melawat I-City di sini hari ini.
Oleh itu, strategi baharu tidak sepatutnya bergantung semata-mata terhadap FDI, sebaliknya menggalakkan pelabur tempatan menjadi syarikat bertaraf dunia.

Dr. Mahathir juga berkata, rakyat Malaysia perlu dilatih dalam sains dan matematik bagi membolehkan mereka melangkah ke ekonomi berasaskan pengetahuan.
Beliau berkata, walaupun kerajaan memperuntukkan dana untuk penyelidikan dan pembangunan, ia tidak diagihkan, memandangkan pihak yang bertanggungjawab terhadap dana terbabit mahukan pulangan ke atas pelaburan (ROI) dan menetapkan kolateral yang tinggi.
"Namun penyelidikan tidak mempunyai pulangan ke atas pelaburan. Suatu hari anda mungkin mencipta sesuatu yang bernilai dan anda mengaut berbilion-bilion, namun sebelum itu anda juga perlu melabur berbilion-bilion.
"Ada masa penyelidik akan menemui sesuatu yang beliau tidak tahu cara untuk mengkomersialkannya, dan di sinilah usahawan perlu menyertainya.

"(Oleh itu), anda akan berhadapan dengan masalah berinteraksi dengan kerajaan, Maafkan saya," katanya semasa ditanya bagaimana sektor swasta boleh berinteraksi dengan kerajaan dalam urusan penyelidikan dan pembangunan.
Mengenai projek, Dr. Mahathir berkata, tiada yang menjadi pembaziran jika tahu cara mengurusnya.
"Kemahiran pengurusan perlu disemai. Perlu ada keupayaan untuk melaksanakan projek, bukan sekadar bercakap mengenainya atau melancarkannya," katanya. - Bernama

Tuesday, January 26, 2010

KLCC property market will take some time to recover

KUALA LUMPUR: it will take a while for the high-end high-rise residential market in the KLCC area in Kuala Lumpur to regain its former “glory”, says Henry Butcher Malaysia.

Henry Butcher Malaysia Sdn Bhd president Lim Eng Chong said there is a rising concern over the oversupply of high-end condos in the area that will subsequently increase vacancy rates and lower foreign investment interest.


He was speaking at the 3rd Malaysian Property Summit organized by the Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector (PEPS) on Jan 26.

“Concerns about oversupply could hold back the market for Mont Kiara but the relatively more affordable prices means that the market will rebound faster with a bigger market base.

“Vacant units now need six to 18 months to fill up, compared to one to two months previously, as expatriates are retrenched and left the country,” he said.

Currently, there are 19,554 completed high-end high-rise units in the KLCC area, Ampang/U-Thant area, Mont Kiara, Damansara Heights and Bangsar/Bkt Pantai area while 9,331 units are under construction (as at December 2009), he noted.

In 2Q09, the high-rise residential market make up 91% of the total overhang figure (more than 24 months on the market) in Kuala Lumpur slightly higher than the 90% in 4Q08.

“High-rise developments in Damansara Heights and Bangsar are more limited as not much land available for development and residents are more sensitive about high density developments and building on slopes. Hence these areas should recover faster,” Lim said.

Nevertheless, he added that limited land for development in prime areas could translate into higher land cost that subsequently translates into higher product pricing.

“This means that the only viable form of residential development will be that of condominiums.

“However, location is not the only criteria in property investment. The new mantra includes branding,” he noted.

Lim said prices of high-end condo in KLCC area have came down by 20% to 25% in 1H09, from its peak in Aug 2008, while condo prices in Mont Kiara showed smaller declines of 5% to 10%. “The sharper drop for condo prices in KLCC area was due to its relatively higher upside compared to those in Mont Kiara.”

According to Lim, some 5,335 sales of high-end high-rise condos to foreigners have been approved by the Kuala Lumpur Land office in 2008, compared to 1,660 transactions in 2006. The buyers were mainly from Singapore, UK, South Korea, India, Iran, China and Pakistan. The number has increased from 1,954 units in 2005, due to the exemption of the real property gains tax in 2007.

Rental yield for high-end condos have also dropped as rentals have not gone up as high as capital values in the run up to 2007, Lim noted.

Kerajaan timbangan sistem ambil buang pekerja

Kerajaan sedang mengkaji memperkenalkan sistem ganjaran dan hukuman untuk penjawat awam seperti yang dilaksanakan oleh pihak swasta. Jika benar sistem ini sama seperti sistem swasta ini bermakna Cuepacs tidak perlu lagi membuat gesaan setiap tahun untuk bonus bagi kakitangan kerajaan. Ini adalah kerana pemberian bonus adalah berdasarkan prestasi sebenar kakitangan.

Bagi penjawat awam yang tidak melaksanakan tugas seperti yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan buang kerja dan bukan lagi ditempatkan dalam "pool" atau "bilik sejuk" @ "cold storage". Pada pendapat saya golongan yang biasanya ditempatkan dalam "cold storage" ini adalah golongan yang sudah berpangkat besar. Bagi golongan bawahan mereka perlu sentiasa menurut arahan kerana perjalanan karier masih jauh lagi.

Golongan berpangkat besar berani untuk bertindak tidak menurut arahan atas alasan mempunyai idealogi tersendiri dan adakalanya bertindak mempertikaikan pihak pengurusan sehingga pihak pengurusan tidak tahu di mana untuk menempatkan mereka selain dari ditempatkan dalam "cold storage" supaya dalam menutup mulut golongan ini.

Anda cuba bayangkan golongan ini rata-ratanya bergaji 5 angka apabila ditempatkan dalam "cold storage"?...




BNM rugi RM32 billion akibat spekulasi matawang asing?

Dalam wawancara bersama akhbar New Straits Times, Singapura, Tengku Razaleigh mendedahkan bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian parah sebanyak RM32 bilion ekoran dari aktiviti spekulasi matawang asing. Sekiranya dakwaan Tengku Razaleigh kepada media luar negara tidak dijelaskan, ia akan menjatuhkan imej negara dan menakutkan pelabur-pelabur asing, yang kini jumlahnya semakin merosot.

“Berdasarkan laporan The Financial Times yang bertapak di London dan kajian Bank UBS dari Switzerland menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami penarikan pelaburan asing langsung yang paling serius di antara semua negara di benua Asia pada tahun 2009.”



Monday, January 25, 2010

Ekonomi Malaysia makin tenat?

Terdapat kira-kira 300,000 orang pengganggur di seluruh Malaysia. Pengangguran melibatkan mereka yang dibuang kerja dan juga mahasiswa yang masih belum mendapatkan pekerjaan. Persoalannya, apakah ekonomi kita telah kembali pulih selepas kemelesetan sekitar tahun 2008 dan 2009?


MIER menyasarkan pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi lebih baik menjelang tahun 2010 iaitu pada kadar 3.7 peratus. Namun begitu apakah kita sebagai rakyat merasai peningkatan pertumbuhan seperti yang diwar-warkan? Pembukaan tahun baru dengan penghapusan subsidi gula dan roti telah meningkatkan harga-harga barangan makanan di pasaran. Rata-rata makanan dan minuman naik 10-30 sen.

Bank negara Malaysia bakal mengekalkan OPR pada kadar terendah 2% sepanjang tahun 2010 bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Jika difikirkan sekarang masih terlalu awal untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kita baru sahaja berada di bulan januari. Ini adalah antara petunjuk jelas bahawa negara kita masih turut sama belum keluar dari kelembapan ekonomi dunia yang masih merundum.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata supaya mengurangkan kebergantungan kepada pelabur luar memandangkan pada masa depan, FDI tidak lagi akan mengalir masuk ke sini atau mana-mana negara.

Pihak sekolah juga perlu membayar sendiri bil utiliti seperti elektrik dan air yang sebelum ini ditanggung kerajaan. Oleh itu pihak sekolah terpaksa meningkatkan bil yuran sekolah bagi menampung kos berkenaan.

Baru-baru ini timbul pula kabar angin penarikan Elaun Sara Hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang sedang dinikmati oleh penjawat awam. Namun begitu kabar angin tersebut telah dinafikan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Menjelang Mei 2010 penstrukturan semula subsidi minyak akan diperkenalkan. Pemberian subsidi hanya bagi warga Malaysia melalui penggunaan myKad. Dengan ini bukan warga Malaysia tidak layak untuk menikmati subsidi tersebut. Walaubagaimanapun pemberian subsidi hanya akan diberikan kepada warga Malaysia yang memerlukan. Terdapat pelbagai makenisma yang sedang dikaji untuk menentukan siapakah yang layak menerima subsidi tersebut seperti berdasarkan kapasiti enjin kereta ataupun berdasarkan pendapatan?

Terdapat beberapa cukai baru yang diperkenalkan seperti cukai pemilikan kad kredit sama ada aktif ataupun tidak,cukai hasil penjualan rumah/tanah, GST akan diperkenalkan. GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Berdasarkan simptom-simptom yang dinyatakan di atas, anda boleh menilai sendiri akan status ekonomi Malaysia kini...

Tuesday, January 19, 2010

Penggunaan kalimah Allah dibenarkan!

Penggunaan kalimah Allah bagi penganut bukan Islam telah dibenarkan di negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Bukti penggunaan kalimah Allah di church-church sekitar Sabah yang telah sedia wujud...






Monday, January 11, 2010

Pengalaman kurus dalam masa 3 bulan

Pengalaman yang ingin dikongsikan adalah pengalaman saya sendiri. Saya pernah menurunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa 3 bulan secara semulajadi tanpa bantuan ubat-ubatan ataupun khidmat nasihat pakar. Umum tahu untuk kurus, makanan-makanan kegemaran seperti bergoreng, berlemak, coklat dan junk-food dilarang ketika program menguruskan badan. Saya seorang yang tidak mampu berdisiplin seperti itu. Apatah lagi coklat adalah makanan kegemaran saya yang wajib dimakan seminggu sekali!


Benarkah makan coklat dan berminyak menggemukkan? Saya berpandangan sebaliknya. Ianya menggemukkan jika tidak disertakan dengan senaman yang bersesuai dengan kalori yang diambil. Untuk kurus, anda perlu memahami struktur tubuh anda. Mula-mula fahami jenis darah anda. Bagi saya yang mempunyai darah A, makanan yang terbaik ialah vegetarian kerana kekurangan sejenis 'chemical' dalam darah yang berfungsi untuk mencerna daging. Oleh itu individu berdarah A mudah gemuk jika gemar memakan daging juga hasil daripada lembu seperti produk tenusu dll. Namun begitu anda boleh tukar menu anda kepada ikan yang lebih mudah dicerna dan bertukar kepada meminum soya.

Saya juga mengamalkan teknik pengurusan badan yang dilakukan oleh artis-artis hollywood iaitu "zero carbohydrate intake". Dengan cara ini saya masih lagi boleh menikmati lauk-pauk walau apa pun jenis masakannya, dengan syarat tidak mengambil nasi, bihun, mee, roti dll. Kaedah ini memang berkesan. Perut saya yang sentiasa membuncit mula menyusut. Bahkan saya juga mudah kenyang. Tetapi awas kaedah penurunan berat badan ini tidak sihat sebenarnya. Kerana kita telah terbalikkan carta pemakanan. Boleh juga menyumbangkan pening kepala dan migrain! Ingat lakukan perlahan-lahan. Kurangkan kaborhidrat sedikit demi sedikit. Jika anda terasa lapar, minumlah soya perlahan-lahan. Pastikan bekalan soya sentiasa ada di dalam peti ais anda.

Setelah badan anda terbiasa dengan menu diet di atas selama seminggu barulah anda fikirkan aktiviti senaman yang ingin dilakukan. Saya akan melakukan aktiviti di gym seperti berjoging dan berbasikal kira-kira 1-2 jam atau menaiki dan menurun tangga. Tetapi awas, lakukan secara berperingkat-peringkat.

Tips yang penting supaya semangat untuk menguruskan badan tidak tiba-tiba menjuman ialah elak menimbang badan sehingga rakan anda menegur anda kelihatan agak kurus. Pada peringkat permulaan memang sukar hendak menurunkan berat badan walaupun 2 @ 3 kg. Jika anda kerap menimbang dikuatiri anda akan menjadi putus asa kerana berat tidak turun-turun juga. Tips yang kedua bagi mengelakkan anda putus asa ialah dengan memakai pakaian yang membentuk tubuh seperti 'beutiful' ketika bersenam. Anda akan dapati kesan yang cepat perubahan tubuh anda walaupun berat anda tidak turun! Ianya boleh dijadikan perangsang kepada anda, kini tubuh dah semakin cantik, anda perlu berusaha untuk berat yang cantik juga. Selamat mencuba!

Penipuan skim ternakan cacing

Saya tertarik dengan berita lebih 3,000 pelabur tertipu RM25 juta dalam skim ternakan cacing baru-baru ini. Sebelum ini ada rakan saya yang menceritakan bagaimana hebatnya seorang lelaki Bangladesh menganjurkan ceramah berkaitan dengan penternakan cacing. Ceramah tersebut memberi pendedahan bagaimana mengendalikan penternakan cacing hingga dia boleh berjaya menjadi jutawan. Saya curiga dengan cerita beliau. Setahu saya cacing digunakan untuk menghasilkan baja organik. Pasaran baja organik di Malaysia bukanlah besar, ianya hanya digunakan oleh pengusaha tanaman organik yang kebanyakkannya membuat sendiri baja organik kerana bukanlah sukar untuk menghasilkannya. Persoalannya bagaimana lelaki bangla itu boleh jadi jutawan?


Pada dugaan saya bangla itu dapat menjadi jutawan melalui kursus-kursus yang diadakan. Bayangkanlah seorang dikenakan bayaran RM50 (kononnya murah berbanding kursus-kursus lain), kalau 20 orang sudah dapat RM1000 satu sesi. Katalah setiap sabtu dan ahad diadakan kursus, RM1000 x 8 = RM8000 sebulan. Wah-wah lumayan sungguh pendapatan si bangla ini. Padanlah dia mampu jadi jutawan, tiada ansuran rumah atau kereta yang perlu dibayar, tiada cukai pendapatan...memang lumayan. Cerita rakan saya, selain daripada kursus terdapat lawatan ke ladang cacing milik tuan kepada bangla itu. Jimat kos lagi, tak perlu adakan prototype ladang cacing.

Mujur rakan saya bertanya kepada saya terlebih dahulu sebelum membuat kontrak penternakan bersama. Saya minta rakan saya buat homework terlebih dahulu terhadap permintaan baja organik dalam pasaran tempatan/luar negara. Selidik klien-klien pengusaha, apakah pengusaha tersebut berdaya saing atau tidak untuk tempoh akan datang dan kredibiliti pengusaha. Orang kita mudah terpedaya dengan data-data yang dikemukakan. Kenapa tidak cuba semak apakah data tersebut benar ataupun palsu. Jika setakat perjanjian kontrak, syarikat besar seperti syarikat perumahan yang berdaftar dengan kerajaan juga boleh lari inikan syarikat kecil.

Aduhai orang kita kenapa mudah benar kena goreng dengan perkara-perkara seperti duduk diam buat duit, keluar modal sahaja, kami akan usahakan, dll. Ingin kaya dengan cara yang mudah. Malas untuk berusaha walaupun melakukan siasatan rapi sebelum sesuatu keputusan dibuat. Memang tidak dinafikan ada yang jujur mengusahakannya. Tetapi, individu yang ingin mengeluarkan modal untuk perniagaan harus faham, bahawa perniagaan ada untung-ruginya. Jangan fikir untung sahaja. Jika takut menghadapi risiko simpan sahaja duit di unit amanah. Insyaallah wang lebih selamat walaupun pulangan yang kurang lebat. Jika berlaku kegawatan ekonomi, nilai unit amanah anda akan menyusut. Tetapi jangan panik. Biarkan ekonomi pulih kembali dan anda boleh lihat nilai tersebut melantun semula. Tetapi jika anda melabur dalam bidang perniagaan, ianya sangat terdedah pada keadaan ekonomi semasa. Syarikat pengusaha kecil seperti penternak cacing boleh bungkus bila-bila masa. Jika ianya berlaku, maka bungkuslah juga wang anda.

Saturday, January 9, 2010

Mulai 1 Mei bukan semua layak dapat subsidi minyak

Bermula 1 Mei 2010 bukan semua warga Malaysia layak untuk mendapatkan subsidi minyak yang sedang dinikmati kini iaitu pada harga RM1.80 seliter bagi RON95 dengan subsidi kerajaan 30 sen. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan harga petrol akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan. Kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Ini bermakna mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih. Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.



Thursday, January 7, 2010

Bagaimana seorang baik dan pendiam menjadi pembunuh kejam?

Baru-baru ini kita dikejutkan peristiwa pembunuhan kejam 4 sekeluarga di Gemencheh. Pada mulanya saya abaikan berita ini kerana kes pembunuhan kejam bukanlah perkara luar biasa. Tetapi mengetahui arwah atuknya adalah bekas imam dan suspek pembunuh adalah cucu kesayangannya. Apatah lagi suspek pernah menuntut di IPTA (satu kursus dengan saya) walaupun sekerat jalan mula mengikuti berita ini dengan lebih terperinci.


Biasanya jika kes-kes yang melibatkan pembunuhan kejam melibatkan seseorang yang di bawah pengaruh dadah, penjenayah yang telah mempunyai rekod jenayah, kurang siuman atau mempunyai motif(dendam dll). Tetapi suspek tidak tergolong dari mana-mana kategori di atas. Cuma sesekali suspek kelihatan bercakap-cakap, marah dan ketawa sendirian. Kenyataan dari ahli keluarganya dan kenalan-kenalan terapat juga mengakui dia seorang yang baik dan pendiam. Bekas pelajar sekolah agama yang tidak menghisap rokok jauh sekali dadah dan seumpamanya. Hingga keluarganya menjadi bingung akan motif pembunuhan tersebut kerana suspek juga tiada masalah dengan keluarga.

Jadi mengapa suspek tergamak melakukan jenayah kejam apatah lagi dilakukan kepada ahli keluarganya? Saya tidak mahu menghurai lebih lanjut kerana saya amat bersimpati kepada peristiwa ini. Kini pihak polis sedang menyiasat apakah suspek ada terlibat dengan ajaran sesat hingga sanggup melakukan sesuatu diluar akal normal manusia atau ianya adalah disebabkan tekanan perasaan memandangkan suspek pernah beberapa kali berhenti kerja dan dua kali putus tunang. Jika benarlah suspek bertindak demikian di atas tekanan perasaan, saya amat berharap pihak kerajaan mengambil kes ini sebagai ikhtibar akan bahaya yang mengundang apabila kemelesetan dan kos hidup yang berterusan meningkat ini tidak ditangani dengan baik. Kesenangan memihak kepada golongan yang bernasib baik dalam pelajaran dan kerjaya. Bagaimana nasib golongan yang tidak bernasib baik? Mereka bukan sahaja tersepit dengan masalah kewangan bahkan tiada yang sudi untuk dijadikan menantu...

Sunday, January 3, 2010

Pengubahsuaian rumah pada harga terendah

Adat bagi mereka yang baru mendapat kunci rumah, banyak keperluan yang ingin dilengkapkan agar rumah kediaman dapat menjadi ruang istirehat yang menenangkan seisi keluarga. Untuk melengkapkannya pasti akan menelan puluhan ribu dan memaksa tuan rumah untuk mendapatkan loan bagi menampung kos tersebut. Percayalah anda mampu menanggung kos tersebut dengan menggunakan simpanan sendiri jika anda bijak mencari yang murah tetapi berkualiti...


Harga murah tetapi berkualiti adalah sesuatu yang sukar dicari tetapi tidak mustahil ditemui. Dengan syarat, anda tidak terburu-buru. Tips pertama yang ingin saya kongsikan sebelum anda ingin melakukan pengubahsuaian rumah adalah dengan bersabar! Biarkan rumah di sekeliling telah siap dihuni jiran-jiran sekitar 5 hingga 6 bulan dari tempoh kunci diperolehi. Ringan-ringanlah mulut untuk bertanya-tanya jiran akan pengalaman mereka dan kontraktor mana yang bagus pada harga yang terendah.

Kontraktor juga boleh menunjukkan kepada anda contoh-contoh rumah yang telah diubahsuai, dengan itu anda tidak perlu mengambil risiko pengubahsuaian yang akhirnya tidak seperti yang diingini.

Tidak dinafikan mendapatkan khidmat terus dari kontraktor/pekerja bawahan adalah jauh lebih murah dari syarikat yang mempunyai kedai. Percaya atau tidak, perbezaannya bukanlah pada harga yang sedikit, bahkah 2 atau 3 kali ganda daripada kos pembinaan. Cuma anda perlu berhadapan dengan risiko kerana pekerja bawahan yang tidak perlu mengekalkan reputasi yang baik bagi menambat hati pelanggan. Oleh kerana itu pengalaman jiran-jiran adalah amat berharga. Percayalah masih terdapat pekerja bawahan yang jujur dengan hasil yang memuaskan.

Mudah bukan, kurang risiko, terbaik dan termurah dengan hanya perlu bersabar!